|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Friday, June 29, 2007 4:54 PM
Sepetang Bersama Maziah Mohamad (My Best Friend)
Assalamualaikum,
KEBETULAN. Itulah perkataan yang menggambarkan perkara yang berlaku kepada kami berdua petang ni. Kami bercadang nak ke sebuah kedai gambar di Melaka Raya. Sesampai saja Maziah kat rumah saya, saya tanya dia nak ikut jalan mana, dia tak jawab. Then, kat traffic light berdekatan Stadium Hang Tuah, dia tanya saya lorong mana yang boleh ke Ocean. Saya pulak tak berapa familiar dengan jalan kat situ although saya ni orang Melaka (malunya...), so saya pun tak jawab la soalan dia. Entah lorong mana yang dia masuk, alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi kami iaitu...kedai gambar. Tujuan Maziah ke situ sebenarnya nak ambil gambar kakak dia. Dalam pada tengah pilih gambar untuk dicuci, perkerja kedai tu suruh kitorang cepat coz ada orang nak guna komputer. So, saya pun berpaling nak tengok sapa gerangan yang nak guna komputer tu. Di luar kedai, Maziah pun fikir lah dia perlu ikut jalan mana, lepas dah lama berfikir, dia suruh saya cepat naik motor. Then, tiba2 dia kata "mai, aku lupalah nak ikut jalan mana tadi" dalam hati saya berkata "macam ada Alzheimer pulak kawan aku ni". Sampai kat jambatan Balley Pangkalan Rama, sepatutnya traffic lampu merah, tapi Maziah tiba2 meluncur laju je. Sampai kat traffic light berhampiran Masjid Pangkalan Rama, kami ternampak bas Sekolah Menengah Agama Sultan Muhamad dari arah kiri kami. Di arah kanan kami, kami ternampak bas pengantara Mahkota Medical Centre. Lagi sekali, entah jalan mana yang dia ikut, kitorang pun tunggulah traffic light kat depan Pizza Hut, saya pun guarulah dengan Maziah: "jom kita gi makan pizza" Maziah jawab: "Ada aku turun dari motor ni karang, mai" Next, dia tanya saya: "Mai, ko tahu tak kat mana bank yang ada nombor 8?" Saya pun jawab: "ko ni biar betol Maziah, ada ke bank nombor 8? Dia pun jawab: "alah... aku tak ingat nama bank tu, tapi bank tu ada kat depan." Green light, dia pun pecut lah motor tu, sepanjang on the way dari traffic light hinggalah saya ternampak PUBLIC BANK, barulah saya tahu apa itu bank nombor 8. Logo PUBLIC BANK seakan-akan nombor 8. Saya punya la gelak...aduh. Lepas selesai urusan bank, kitorang bercadang nak ke Bukit Baru 'bacause' saya nak beli sim kad. Di tempat letak motor kat belakang PUBLIC BANK, lepas kami dah pakai helmet dia tanya saya: "Mai, mana kunci motor?" Saya jawab: "Mungkin ko tertinggal kat kaunter bank" Dia punya lah cuak, takut malu nak cari kunci kat kaunter bank. Finally, dia pun terperasan la yang kunci tu ada kat tempat buka tempat duduk. Punyalah kelakar.....sampaikan kami gelak terbahak-bahak. Dia pun kata: "Malu aku, Mai" Traffic light simpang empat highway Tun Abdul Razak (Depan Straits Meridian), kami tergelak coz terserempak lagi dengan bas Sekolah Menengah Sultan Muhamad dari kiri kami. Kami tergelak lagi coz terserempak pulak dengan bas pengantara Mahkota Medical Centre dari arah bertentangan. Depan Post Office, kami berhenti untuk beli air mata kucing. Kami pun tergelak bila perasan yang kami bertembung lagi dengan gerangan yang kami jumpa kat kedai gambar tadi tengah menjamu selera di gerai makan tu. Lepas tu, sampai kat Flet Seri Siantan kami ternampak ada orang jual durian. Saya tanya Maziah sama ada dia nak makan durian. Dia jawab: "kalao ko belanja, aku nak" Saya pun bagitau dia yang saya ni tak boleh tahan dengn bau durian yang kuat. Dia jawab: "ko ni macam2 la, bau wangi tak boleh, bau busuk tak boleh, entah apa yang ko boleh bau, aku pun tak tahu" Saya pun cakaplah yang hidung dengan kepala aku ni sensitif" Dia jawab: "tak nak belanja cakap je la" Geram saya dibuatnya...tapi tak apalah. Lepas dah beli sim kad dia pun hantar saya balik ke rumah. Konklusinya:
*...Selamat Hari Persahabatan Sedunia...* (semalam-28 jun 2007) |
|
|

