|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Monday, June 23, 2008 8:17 PM
Bukan Apa yang Aku Pinta
Segalanya bermula apabila aku menolak untuk ke Pay Fong High School pada tahun 2003. Sejak tu, aku mula rasa bersalah…
Sekali lagi…untuk mengelak sejarah kembali berulang. Aku rela mengikut segala kehendak atau mungkin juga impian dan harapan orang tua aku untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Sedikit kerumitan muncul selepas gagal dalam permohonan UPU dan gagal sekali lagi dalam rayuan UPU. Selepas tu, aku fikir balik hala tuju aku, dan aku sampai kepada satu keputusan iaitu ke IPTS. Tetapi…di atas permintaan orang tua, aku ke F6 seperti mana dibincangkan. Kemudian ke Matrikulasi. Sekarang, F6 kembali. Aku hanya dibenarkan ke IPTS selepas menunggu keputusan SPA. Aku mula mendapati bahawa jalan yg sedang aku lalui ini bukannya apa yang aku pinta. Apa yang sedang berlaku ini hanyalah permintaan orang tua aku. Aku mula merasakan dalam kerugian kerana sahabat2 lain sudah pasti melanjutkan pelajaran dalam bidang masing2. Aku pula bagaimana? Masih perlu menunggu? Sedangkan aku sudah tahu apa yg aku nak. Dalam diam…aku masih sanggup menjalani kehidupan sebegini hanya kerana tidak mahu rasa bersalah yg pernah aku rasa dahulu berulang kembali. Orang bertanya…dan aku dah penat memberikan jawapan yg aku sendiri tak tahu apa jawapannya. Aku tak boleh elak daripada ditanya soalan tentang perjalan pendidikan aku selepas ini. Mereka bertanya bermakna mereka mengambil berat dan aku hargai segala keprihatinan mereka. Jawapan yg aku sendiri tidak tahu kepastiannya… Semua yg aku lalui ini…satu yg aku harapkan agar segalanya ikhlas dan dipermudahkan Allah. Namun…jauh di sudut hati, aku menangis… *…hati, moga ikhlas menjadi milikmu…*
//Thursday, June 19, 2008 1:45 PM
Ke-100
![]() Assalamualaikum, Yeah...ni entry ke-100. Tak ada apa2 nak tulis sebenarnya. Aku cuma rasa nak buat yg bukan2. *...hati, pujuklah perasaan...jauhi segala kesangsian....*
//Thursday, June 12, 2008 9:04 PM
Selamat Tinggal SMYB
Tengok tajuk kat atas tu, aku dah terasa sedih. Aku pernah tulis entry tentang hidup aku di SMYB bertajuk Persaingan. Kalau rajin pergi la cari. Lima tahun, sekolah ni telah menjadi saksi di atas pendidikan menengah seorang remaja yg bernama Humairah. Dari kena rotan dengan Puan Gan ( dah bersara ) hinggalah wakil sekolah ke sana ke mari, semuanya atas nama SMYB. Aku merupakan pelajar yg sederhana. Sederhana dalam segala hal…dalam pelajaran, dalam pergaulan, dan dalam kokurikulum.
Boleh dikatakan seorang yg takut untuk melanggar peraturan sekolah. Kalau dah langgar peraturan sekolah tu, aku mesti berasa bersalah. So, aku yakin Mr. Bong ( guru disiplin ) mesti tak kenal muka aku. Semalam, dia jumpa aku nak bincang pasal pertukaran ke SMKSK. Bila aku kata yg aku ni dulu pelajar SMYB, tapi dia kata dia tak cam aku. Aku pun jawab la, “cikgu tak pernah ajar saya dan saya tak pernah buat jahat, tu pasal cikgu tak selalu tengok muka saya”. Bukan main dia ketawa…memang betul pun aku tak pernah terlalu melampau dalam melanggar peraturan sekolah. Sikit2 tu adalah… Kalau nak cerita tentang SMYB ni aku rasa sampai bila pun tak habis. So, sikit2 pun ok la kot… Cikgu2 pun semua best2 dan berdedikasi…pengawas pun boleh tahan la….kadang2 aku rasa pengawas dengan pelajar biasa pun sama dua kali lima, harapkan pagar, pagar makan padi. Pelajar2 pun overall ok la. Kadang2 takut la jugak dengar pelajar2 yg terlibat dengan gangster a.k.a kongsi gelap. Ada jugak berita2 sedih tentang pemergian beberapa individu. Antaranya Cikgu seni aku masa F3, seorang senior meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya dan seorang junior meninggal kerana lemas dalam tasik terbiar. Berita yg mengejutkan dan rasa sedih tetap ada walaupun ada yg berlainan agama dan bangsa. Ada jugak pencapaian yg cukup aku banggakan. Antaranya, salah seorang rakan mendapat anugerah Pengakap Diraja tahun lepas, juara drama BM & BI, juara pantun kawasan ( kalau tak silap ), juara pidato LHDN, juara antara juara dalam pelbagai pertandingan bola keranjang dan banyak lagi la. Buka sekolah awal minggu ni pun, kami pelajar2 Melayu khususnya telah kehilangan seorang ustazah ( Ustazah Azlifah ) yg begitu komited dalam mendidik anak bangsa tak kira bangsa dan agama. Perpindahan beliau ke tempat baru diiringi dengan doa daripada kami…moga beliau senang dan selesa di tempat baru. Seorang lagi ustazah yg begitu dekat dengan kami, pelajar2 Melayu ialah Ustazah Azizah. Beliau seorang yg mudah tersentuh jikalau bercerita tentang masalah para pelajar. Usaha beliau untuk menyaksikan perubahan dalam diri pelajar2 Melayu merupakan usaha yg amat2 dihargai. Moga Kem Istiqamah nanti dapat memberi sinar baru kepada pelajar2 Melayu. Kali ni pasal pengetua pulak. Mr. Tay ada karisma beliau yg tersendiri, ala2 ada kelembutan dalam ketegasan. Kata2 nasihat ketika aku berada di F3 dan F5 memang ada sedikit memberi kesan dalam hidup aku. Sepatutnya beliau nak bersara, tetapi dengar kata persaraan tu akan ditunda sampai entah bila le…aku pun dah lupa. OK la…tak nak cerita banyak2. Biarlah setiap kenangan di SMYB tersimpan kemas dalam kepala hotak aku ni. Sedih memang sedih…tapi hidup harus diteruskan. Tiada lagi ‘house compound’ – jeritan popular daripada Mr. Ong Tiada lagi ‘semua pelajar diminta berdiri tegak, nyanyi dengan penuh semangat dan lantang’ – ayat skema daripada pengawas bertugas setiap pagi sebelum nyanyi Negaraku. Tiada lagi ‘tegakkan badan, kembangkan dada, hidung tinggi, senyum…’ – jeritan popular Mr. Chan kalau ada ceramah dalam dewan. Tiada lagi keramahan Ah Soon ( uncle kantin ). Tiada lagi kena halau dengan pengawas kalau lewat beredar dari kantin atau lambat keluar kelas waktu rehat. Tiada lagi ucapan yg ‘seketul-ketul’ dan beulang-ulang daripada Mr. Hua ( GPK Koku ) – memang menyeksakan…sabar je la. Tapi teramat la jelas hingga tak ada seorang pun yg akan terpinga-pinga kerana akan ada ‘siaran ulangan’. Tiada lagi merasai suasana duduk bersila masa belajar Pendidikan Islam. Aku merindui itu semua…dan terus dirindui. Yok Bin Boleh! SMYB *…SEKOLAH BERBUDAYA TINGGI…*
//Monday, June 2, 2008 12:18 PM
Cuti yg penuh dengan…
Macam2 perkara yg giler2.
Apa yg giler2 tuh??? Ok…mula2 aku nak cerita tentang kerja sekolah yg aku sendiri cari. Baca baik2…aku yg cari sendiri kerja tu. Percayalah…bukannya apa kan…buka sekolah nanti aku dah full-time student balik. So kena la prepare baik2. Bak kata cikgu bio aku, BE PREPARED! Ahh…kali ni punya kerja dan matlamat aku memang pusing kepala. Cikgu ni dia suka bertanya bila mengajar. So kitorang dinasihatkan supaya baca dan cuba memahami tajuk yg akan dia ajar. Aku pun apalagik…bukak la buku bio yg berharga 40 hengget tu, baca2 dan baca lagi…konklusinya hanya 7% je yg aku paham. Aduih…then aku decide nak bukak semula buku2 F4 & F5. Ternyata tak membantu banyak sebab jurang perbezaan antara SPM & STPM memang besar. So, excited tambah kalut punya pasal, aku pun baca lagi…last2 paham la jugak…aku yakin kalau cikgu tu dah explain nanti aku akan bertambah paham. Aku rasa aku belajar terlalu slow sebab nak pahamkan betul2, dalam seminggu, aku cuma dapat cover 3 subtopik je. Harap2 strategi biar lambat asal selamat membuahkan hasilnya. InsyaAllah. Itu baru untuk bio…lain2 subjek belum mula kelas dan buku pun aku belum beli. Andai kata aku dapat tukar sekolah, aku kena belajar EKONOMI….so aku pun bukak la buku ekonomi asas adik aku yg F4. Ini lagi satu hal…banyak sangat perkataan baru tapi bestnya ialah banyak pengatahuan am. Aku rasa la kan kalau baca surat khabar je dah cukup untuk lulus ekonomi ni. Bukannya nak cakap besar, tapi aku rasa la memang senang nak score ekonomi ni. Apa lagi yg aku buat ek? Ahh…buat pertama kalinya aku menunggang motor dalam hujan yg lebat yg amat. Sakit badan…terasa macam kena baling batu bertubi-tubi. Memang best…tapi takut jugak sebab hampir2 je nak tergelincir. Habis basah kuyup baju…satu yg aku perasan ialah aku lebih suka bawak motor dalam hujan daripada bawah matahari walaupun jalan kering. Entah la kenapa tapi memang best…cari nahas betul aku ni. Tukang cat. Apa kena-mengena aku dengan tukang cat. Ok la….macam ni, umah arwah atok aku ada ubah suai sikit. So nak jimat kos tambah tak ada kerja cari kerja punya pasal, mak cik aku panggil kitorang cat umah tu. Itu la kali pertama aku cat satu bilik. Memang menarik kerja cat-mengecat ni…memang puas rasanya. Senang cerita memang best la! Perkara yg paling aku gembira dan sedih cuti sekolah ni datangnya daripada sahabat2 aku. Aku paling happy apabila aku berhubung kembali dengan 3 orang sahabat baik dan lama. Setelah hampir lima tahun tak berhubung. Sorang ni aku kenal dari darjah 3. Masa F2 dia pindah ke Negeri Sembilan. Waktu tu kami masih berhubung melalui telefon dan sms. Kemudian, dia berhijrah ke Labuan. Dari situ kami jarang berhubung dan hampir putus hubungan. Tapi pada Jumaat lalu, aku terima satu panggilan daripada seseorang…orang itu ialah Nazirah. Kawan aku ni menjalani kehidupan yg indah khabar dari rupa. Bermula dengan penceraian ayah dan ibu, kemudian ibunya terpaksa menyara 5 orang anak dan Nazirah sendiri terpaksa menolong ibunya berniaga. Satu yg aku puji tentang ibu dia ialah sesusah manapun nak mencari rezeki, Alhamdulillah…kesemua anak2 beliau menerima pendidikan yg sempurna. Itu ibu tunggal, ummi aku ibu tinggal. Muwahaha… Seorang sahabat yg setia dan jujur…pernah sekali Nazirah menelefon aku dan menangis…aku tertanya-tanya apa yg berlaku sebenarnya…hanya perkataan ‘tak ada apa-apa’ yg keluar dari mulut Nazirah. Itulah Nazirah yg aku kenal, seorang yg tidak pandai meluahkan perasaan tetapi pandai menjaga dan memahami perasaan orang lain. Nazirah juga merupakan satu-satunya sahabat mengenali bahasa tubuh aku. Pada mulanya aku pelik…setelah bertahun-tahun berkawan, memang benar dia memahami bahasa tubuh aku. Maklumlah aku bukan jenis yg suka meluahkan perasaan. Kalau menipu, marah, sedih, dan sebagainya la….dia akan dapat tahu dari cara aku melihat. Pernah sekali tuh, aku berbohong yg aku tidak mengetahui tentang hubungan dia dengan seorang budak laki ni. Tapi bila dia menanya aku tentang perkara tu, dengan hanya melihat mata aku dia dah tahu yg aku bohong dia. Memang seorang yg memahami. Buat masa ni, aku belum jumpa kawan yg memahami aku melalui mata aku. Perkara ni memang unik. Mula2 tak percaya tapi wujud orang yg macam ni. Sahabatku, kau sudah melalui pelbagai pengalaman pahit dan jerih dalam kehidupanmu. Tabahkan hatimu…tenangkan hatimu, moga ikhlas menjadi milikmu. Aku hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan segala urusanmu. Ok la…overall cuti kali memang best walaupun tak macam sebelum2 ni, biasanya satu family pergi bercuti. So, harap2 mood yg ceria2 ni akan berterusan hingga bukak sekolah. Kepada yg ambil SPM dan PMR tahun ni, dah mula le korang punya ‘kenangan terindah’ ye….relaks k! *…peace…* |
|
|


