|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Thursday, January 31, 2008 10:08 PM
Boling
Bola tu masuk masuk longkang....hahaha. Kasut boling ni cantik jugak ek....size 41. Ini la tempatnye....kat lane 6 Mahkota ParadeHuiyoh.....!!! Aku main boling!? Mesti ramai yg tak percaya. Tapi itu la hakikatnya....PERTAMA KALI AKU BERBOLING!!! hahaha.... Aku rasa balingan pertama sampai balingan ke lapan kot....bola tu masuk longkang besar. Berat jugak bola tu. Macam ne la Shalin Zulkifli main boling sampai jadi juara ek? Tapi memang best giler la coz first time main aku dah berupaya untuk menjatuhkan keseluruhan pin dalam salah satu balingan. *...Majulah Sukan untuk Negara...*
//Saturday, January 26, 2008 10:17 AM
Reborn selepas underconstruction.
Assalamualaikum,
*...every something...* berwajah baru!!! Bagi komen ok......... Lagi satu mulai entry yg akan datang penggunaan 'saya' akan ditukar kepada 'aku'. Harap Maklum. Thanks.
//Sunday, January 13, 2008 2:51 PM
Buku Nota
![]() Ni nak cite pasal buku nota yang saya guna sepanjang zaman sekolah menengah. Buku nota ni biasanya dibeli pada awal tahun, kira2 hari pertama persekolahan setiap tahun mesti ada satu buku nota. Ke mana saje saya bergerak dalam kawasan sekolah, buku nota mesti ada dalam tangan saya ( percayalah...). Maklumlah saya suka memerhati tindak-tanduk kita, manusia, tu pasal saya perlukan sedikit catatan. Yang peliknya, masa sekolah rendah tak ada lak tabiat macam ni.
Perkara yang wajib ada dalam muka surat pertama buku nota ialah jadual waktu ( berwarna-warni gitu...) dan senarai nama guru2 mata pelajaran. Selain tu mesti ada jadual waktu ujian/pepriksaan beserta targetnya sekali. Cuma pangisian je berlainan. Memandangkan saya ni seorang yang mudah lupa kerana terlalu banyak berfikir, saya selalulah jugak mencatatkan kerja2 sekolah yang berlambak2 ( ber-stacking-stacking ) dalam buku nota ni tapi tak jugak siap....tet...heheheh. Buku nota ni spesel ( spesel ke...? bagi saya spesel sangat2 ) sebab isi kandungannya yang tak tentu arah antaranya, luahan perasaan dalam bentuk sajak dan pantun ( pantun untuk rasa tak puas hati ), lakaran2/lukisan2 yang tetiba je ada, tak sedar lak dari mana datangnya lakaran2 tu...lakaran2 ni seperti cendawan butang tumbuh lepas hujan ( hujan = physics & chemistry ) - paham2 je la. Ada jugak tentang isu2 semasa/karangan/idea yang gile2/perbualan jarak dekat di atas kertas ( takut kantoi dengan cikgu kalau buka mulut....tet... ). Kalau perbualan jarak jauh lak, selalu pakai sehelai kertas lalu dikomot2kan dan 'diposkan' ( baling )terus ke 'destinasi' ( kawan ) yang telah ditetapkan. Saya rasa buku nota ni lebih banyak diisi dengan perkara yang entah apa2, memang tak teratur, kadang2 sasau jugak kalau ada nota2 penting yang terlepas dari pandangan ( nak mencari lak kena la selak satu per satu baru la jumpa ) Satu perkara je yang tak ada dalam buku nota ni ialah hal2 peribadi, setakat luahan perasaan tu biasa je, tu pasal sesiapa saja boleh baca buku nota saya. Pernah tu ada cikgu baca buku nota saya tanpa segan dan silu....tapi tak apa la bukannya ada benda yang tak elok pun dalam tu. Semuanya elok2 belaka. Memang sesuai untuk tayangan umum. Tanpa buku nota, saya akan rasa janggal dan saya akan tercari2 kertas untuk menulis sesuatu. Kalau buku nota tertinggal kat rumah, saya akan rasa geram sebab saya tak dapat tulis idea yang tiba2 terlintas di benak fikiranku yang dah tersepit....lalu idea2 ni mula berlalu pergi dari benak fikiranku yang sedia berat. Cuti2 ni duduk rumah memang memenatkan...kadang2 malas nak kemas rumah. Kadang2 terasa nak jalan2. Kadang2 terasa nak balik ke zaman persekolahan. Kadang2 terfikir yang macam2. Kadang2 terasa nak pergi jauh dari cara hidup yang sedia ada. Entahlah....tapi yang pasti saya rindukan zaman persekolahan. Kita ni dah lepas zaman persekolahan baru nak kata kita rindu, tapi waktu kita menempuhi alam tersebut kita kata malas. Itulah manusia. Nasihat saya kepada pelajar2 yang berada di sekolah tu, hargailah setiap saat dan detik anda di sekolah kerana anda akan merinduinya suatu hari nanti. Cari dan gunakan setiap peluang yang ada untuk mengukur kemampuan diri. Nak kata saya ni pelajar cemerlang tu, tidaklah..... Nak kata saya ni pelajar terbaik tu, bukanlah..... Nak kata saya ni pelajar sangat aktif kokurikulum tu, jauh sekali. Saya ni hanya seorang pelajar biasa je...susah nak nampak saya belajar dengan tekun sekali. Memang payah... Saya jenis orang yang pergi sekolah nak jadi pelajar dan remaja serta bersifat manusia. Ada yang pergi sekolah nak jadi pelajar sahaja, diorang ni jenis yang tak pedulikan orang lain, kedekut ilmu dan diorang mudah menangis jika ada masalah menimpa mereka ( lemah semangat ). Ada yang pergi sekolah nak jadi remaja, remaja ni tengah mencari identiti sendiri, diorang ni lak datang sekolah dengan fesyen yang bukan2, buku catitan para pengawas semua ada nama dia. Bagi saya, saya nak enjoy hidup ni selagi tidak melampaui batas. Jadilah manusia apa yang anda inginkan, buatlah apa yang anda nak buat. Tapi kena ingat kita mesti mendapat restu ibu bapa. Restu mereka membawa kepada restu Allah. Kalau boleh janganlah sanggup nak menyusahkan ibu bapa. Yang penting, jadi diri sendiri, jangan hipokrit. Biarkan orang tegur anda, biarkan orang nasihatkan anda. Tapi jangan disebabkan orang yang tegur kita tu kita nak berubah. Berubahlah kerana Allah. Hal ni kerana jika kita pasang niat kerana Allah, kita akan mendapat perlindungan daripada Dia, InsyaAllah. Nobody is ever right, I dont need to be right, I just want to be understood. Tadi saya ada kata, saya seorang yang suka memerhati tindak-tanduk manusia. Kalau saya pergi tempat orang ramai, saya suka sangat melihat ragam manusia. Dan saya juga tahu kalau ada orang yang melihat gerak-geri saya. Tapi saya tak kisah...kalau untuk kebaikan. Terus-terang saya kata, saya mudah mengenal pasti perubahan perasaan orang disekeliling saya. Tapi orang mesti susah nak tengok perubahan perasaan saya, kerana saya ni jenis orang yang tak berperasaan....hahahaaha. Bukan la....saya ni memang tak pandai meluahkan perasaan melalui kata2, tingkah laku dan air muka. Kadang2 orang kata muka saya masam, tapi sebenarnya itu semua anugerah Ilahi. Tak akan saya nak kena senyum memanjang sampai tercabut rahang gigi. Itu hipokrit namanya....Kadang2 saya gelak gembira, tapi sedih di hati siapa yang tahu. Tempat mengadu saya ialah di sisi Penciptaku nan satu. Dari cerita pasal buku nota kepada luahan persaan yang entah apa2....lagi baik saya berhenti dari menulis. |
|
|





