|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, October 29, 2008 10:36 PM
Temuduga
Lega...itulah yang aku rasa bila keluar dari bilik temuduga di Hospital Jasin.
Sekarang, aku tawakkal dan berdoa moga aku diberikan peluang 'itu'. Pengalaman temuduga ni...rasanya tiada yang istimewa... Perasaan gementar tu mestilah ada tapi masih boleh dikawal, aku rasa berbahas lebih menakutkan daripada temuduga. Tapi menggigil jugak kaki ni...yang pasti, semua soalan aku cuba jawab sebaik mungkin. InsyaAllah boleh dapat. Tentang peperiksaan khas tu, boleh dikatakan soalan bodoh la. Budak tadika pun boleh jawab. Setelah sibuk dengan itu dan ini, bermula la kembali kehidupanku yang normal esok! *...temuduga itu seronok...*
//Sunday, October 19, 2008 11:53 AM
Perbezaan dan Kesesuaian
Sudah lama tak ada entry yang panjang.
“Tak sama berkawan dengan orang Cina. Kalau dengan kawan-kawan Cina, selalu berbincang tentang hal pelajaran” – Hamba Allah (15 tahun), Subang Jaya. Kali ni aku nak cerita tentang berkawan dengan orang Cina. Untuk permulaan, entry ni bukan berniat untuk menyindir / mengutuk / merendahkan mana-mana pihak terutama kawan-kawan Melayu aku. Cerita ini berdasarkan perbualan aku dengan Hamba Allah di atas tadi. Dari 1995 hingga 2007 aku bersekolah Cina. Ketepikan isu mata pelajaran sama ada aku mengambil subjek Bahasa Cina atau pun tidak. Kita sentuh tentang pergaulan sahaja. 12 tahun. 12 tahun aku bergaul dengan bangsa Cina hampir setiap hari. Cuba bayangkan berapa ramai kawan Melayu yang aku ada. Hamba Allah tadi telah mengatakan sesuatu (seperti di atas) yang membuatkan aku berfikir sedalam-dalam yang mungkin. Perbezaan dan kesesuaian. Apa bezanya berkawan dengan orang bukan Melayu? Bolehkah sesuaikan diri dengan mereka? Jawapannya, perbezaan itu yang menyebabkan kita sesuai untuk berkawan dengan mereka. Kenapa? Berkawan dengan Melayu adalah satu dunia yang sama (untuk aku yang berbangsa Melayu). Itu sungguh membosankan. Berkawan dengan Cina adalah satu dunia yang amat berlainan. Itu sungguh menyeronokkan! Dunia mereka bukan dunia kita. Kelebihan mereka bukan kelebihan kita. Keistimewaan kita bukan keistimewaan mereka. Budaya kita pun tidak sama. Semuanya tidak sama. Yang sama hanyalah…kita rakyat Malaysia. Perbezaan itu yang boleh mengisi apa-apa yang tak ada dalam bangsa kita. Macam mana kita nak jadikan perbezaan kaum itu kepada kesesuaian untuk kita bergaul tanpa rasa iri hati dan sebagainya? Perbezaan kaum itu kita tak boleh ubah sampai bila-bila. Dia orang Cina dan aku orang Melayu. Yang hanya boleh kita usahakan adalah kesesuian untuk menerima satu sama lain dengan hati yang terbuka. Ini hanya berdasarkan pengalaman sahaja. Aku tidak ‘ngam’ dengan kawan-kawan Melayu. Itu yang paling jelas. Ada banyak topik perbualan yang boleh diperkatakan apabila aku bergaul dengan kawan-kawan Cina. Dari hal yang remeh-temah kepada hal dunia. Dari hati ke hati. Berterus terang dan tidak perlu hipokrit. Paling penting ‘open minded’. Mereka juga tidak mudah terasa apabila kita menegur. Mereka menerima seadanya dan cuba untuk berubah. Sebaliknya jika aku bergaul dengan kawan-kawan Melayu, cerita mereka hanya berkisah pada hiburan dan umpatan serta kutukan terhadap satu sama lain dan semestinya mereka ini ramai yang hipokrit. Sesiapa yang kenal aku, mesti korang perasan, aku lebih banyak diam je bila korang berbual. Setiap kali jumpa, cerita tentang ‘couple’ mesti menjadi tajuk utama. Aku bukannya cemburu sebab aku belum ada ‘couple’. Tapi…akhirnya, perbualan tu langsung tak membuahkan hasil. Tak cukup dengan satu pasangan…ada tu bercerita sampai 5 ‘ex’ dia yang sebelumnya. Aku cukup kaku kalau bercerita tentang keburukan orang. Kalau dah putus, putus je la. Tak payah nak kutuk-kutuk orang tu. Bila ditegur, dikatanya aku alim la, poyo la, skema la….Aku rasa, masalah Melayu kita ialah…Melayu mudah terasa! Janganlah pelik kalau bangsa lain lebih maju dari kita! Kita tak payah kutuk kaum lain. Sedangkan kaum sendiri penuh dengan 1001 masalah. Tiada kaum atas muka bumi ini yang ‘perfect’. Memang aku terasa kekok apabila bergaul dengan bangsa sendiri. Bergaul dengan bukan bangsa sendiri adalah satu tanggungjawab yang besar sebenarnya. Banyak persoalan tentang agama dan budaya. Soalan tentang sembahyang, puasa, zakat, sirah nabi, dan macam-macam lagi la. Aku cukup berhati-hati bila menjawab. Aku bukannya ustaz/ustazah. Itu membuatkan aku sentiasa ‘update’ aku punya ilmu agama. Soalan yang paling kau kaku lagi terkesima: “Kenapa orang Melayu merangkap umat Islam, banyak terlibat dengan gejala so…sial?” – Bukan Melayu (17 tahun), 2007, Melaka. Sesiapa yang ada cara terbaik untuk menjawab soalan ni, sila-silalah kongsikan bersama. Bagi pendapat aku, hal remeh-temah macam ni penting untuk membentuk jati diri bangsa. Hanya melalui pergaulan dan berfikiran terbuka serta tidak mudah terasa apabila ditegur. Tak perlu untuk bertukar-tukar kerajaan. Tak perlu untuk menjatuhkan satu pemimpin ke satu pemimpin. Tak payah tumpukan pada perkara-perkara yang besar jika perkara remeh tidak dikukuhkan. Ini bukan caranya untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Malaysia negara yang sedang membangun, korang rasa pemikiran rakyat kita membangun ke? Aku rasa pemikiran macam 60-an je! *...politik itu kotor…*
//Tuesday, October 14, 2008 7:55 PM
Pencinta SWATCH
//Saturday, October 11, 2008 11:08 AM
Aku Benci Rokok!
Dah lama tak ada entry yang serius. Kali ini entry memang serius tahap kritikal. Kisah tentang remaja atau boleh kita mulakan daripada kanak-kanak. Sekarang + remaja + rokok = tuding jari. Kenapa? Baru-baru ni, aku bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak ( sekolah rendah ) merokok sambil mengayuh basikal yang tak ada brek. Ditambah pula dengan sikap aku yang sukakan kelajuan…hampir-hampir nak langgar budak-budak tadi. Tak cukup dengan itu, diorang buat jalan tu macam jalan keturunan pusaka nenek moyang diorang yang punya! Bila aku hon, dengan percuma aku dimaki ikut sedap mulut diorang! Anak siapa tu? Anak Melayu kita! Woi, orang-orang Melayu kat luar sana, jangan tak mengaku pulak! Satu masalah yang kita sendiri tahu puncanya tapi kita tak ambil peduli. Nak salahkan siapa? Kerajaan? Korang rasa kalau kita tukar kerajaan malam ni jugak, masalah ni akan selesai ke? Kenapa aku nampak merokok ni satu perkara yang serius? Aku benci rokok. Aku benci segala benda yang melibatkan rokok. Kalau ikutkan hati, habis semua perokok aku boikot, terutama remaja. Asap rokok membuatkan aku loya. Muka perokok membuatkan aku simpati. Kenapa aku simpati? Sebab diorang sedang membunuh diri sebenarnya. Tolak ketepi cara bunuh diri yang lain seperti terjun bangunan, makan racun tikus dan sebagainya. Sedang mereka yang tidak merokok pun boleh dapat bermacam-macam pakej penyakit, apatah lagi yang merokok. Kenapa remaja merokok? Melepaskan tekanan? Sehebat mana tekanan yang dihadapi remaja-remaja sekarang? Bosan? Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, kita boleh buat apa yang kita suka selagi tak buat kacau bilau, macam mana boleh timbul kebosanan? Rokok ‘best’? Dengan asap berkepul-kepul dan membuatkan organ dalaman hitam kehancuran, ‘best’ ke? ‘Cool’? Alasan paling tak boleh diterima akal! Merokok ‘cool’ ke? Macam mana pula dengan ibu bapa? Apa reaksi mereka? Antara calon-calon pelakon terhebat abad ini ialah…si Kiah, si Gayah, si Temah dan si Siah. Pemenangnya ialah si Temah! Kenapa si Temah menang? Sebab si Temah pandai berlakon menyalahkan pihak lain tatkala dia mengetahui bahawa anak dia hisap rokok! Si Temah dengan muka tebalnya menuduh pihak lain menganiaya anak dia. Sedangkan, terang-terangan anak dia memuncung mulut hisap rokok! Ramai kawan-kawan aku merokok. Mak ayah diorang pun sedar jelas anak mereka merokok. Yang pelik lagi menjengkelkan, mak ayah diorang buat tak tahu je. Tak ada teguran dan tak ada nasihat. Dari mana asalnya mereka ni? Dari kampung yang penduduknya adalah orang Melayu? Orang kampung? Ya! Orang kampung. Dah terang-terang, tak payah lagi mempersoalkan orang bandar.
Entry ni memang tak ada susun aturnya. Semua hanya sekadar ingin meluahkan perasaan geram bila kena maki dengan kanak-kanak ‘terencat akal’ tempoh hari. *…aku benci rokok, korang?...*
//Thursday, October 9, 2008 11:15 PM
Sukar Menuturkan Sayang...
Lafaz Yang Tersimpan - UNIC - Click here for more home videos Mengapakah sukar menyusun bicara, meluahkan rasa menuturkan sayang...? Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat hamba-Mu ini agar aku tegar menjalani segala rintangan dalam hidup ini Supaya aku sabar menempuh segala dugaan di hadapanku. Ya Allah, Bukakanlah pintu hati hamba-Mu ini menuju kecemerlangan. Bukakanlah pintu hatiku untuk mngerjakan segala kebaikan jauhi daripada godaan syaitan. Ya Allah, Makbulkanlah segala permintaanku, Ya Allah. Untuk kebaikan hamba-Mu ini serta umat-Mu yang lain. Amin. Hayati lirik lagu di atas...barulah korang boleh faham maksud aku.
//Tuesday, October 7, 2008 4:12 PM
Pilu Rai Aidilfitri di Tengah Lautan
RENCANA
Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.my Pekerja pelantar gas hiba isteri, anak tiada di sisi sambut lebaran. BAGAI lilin, membakar diri sendiri demi menerangi orang lain. Pedihnya memang terasa, sakitnya memang tak terkata, tetapi pengorbanan tetap harus dicurahkan sentiasa demi memastikan orang lain dapat mengecapi kemudahan tambahan di ketika sangat memerlukan. Lebih menyesakkan rasa apabila pengorbanan itu berbentuk menyambut Aidilfitri jauh daripada keluarga, bukan sebatu dua, tetapi beratus kilometer di tengah lautan, sekadar bertemankan bunyi ombak dan bising enjin yang sama saban hari. Jika orang lain ceria melihat kilauan lampu pelita yang semakin bergemerlapan pada malam raya, melihat rumah jiran kiri dan kanan berhias indah pada pagi raya, lain ceritanya apabila mereka hanya mampu melihat hamparan laut luas tanpa bayang daratan, menjadikan hari raya begitu sunyi di lubuk jiwa. Begitulah senario yang terpaksa dihadapi kebanyakan pekerja di pelantar gali minyak dan gas di tengah lautan. Bagi mereka hari raya seperti hari-hari lainnya kerana operasi mesti diteruskan bagi memastikan bekalan bahan bakar itu tidak putus. Senario yang sama dikongsi pekerja pelantar gas di Lawit, Terengganu apabila Aidilfitri kali ini sama seperti sebelumnya, sekadar menyambutnya ala kadar bersama rakan di pelantar, namun kemeriahannya tetap cuba dirasa supaya sebak di dada tidak terlalu menusuk. Berada 240 kilometer di tengah lautan, kebanyakan pekerja di situ bukan baru kali pertama menyambut Aidilfitri di pelantar, malah ada di kalangan mereka sudah lali dengan situasi itu lantaran terlalu kerap berhari raya tanpa keluarga di sisi. Bagi mereka, rutin pekerjaan yang dijadualkan dengan 14 hari di pelantar dan 14 hari lagi diberi cuti untuk bersama keluarga di daratan perlu disempurnakan tanpa perlu ada keluh kesah lagi, meskipun terpaksa akur syif kerja mereka jatuh pada hari raya. Tidak ada istilah henti operasi bagi pengeluaran gas kerana di Lawit, mereka perlu terus bekerja bagi memastikan setengah juta rumah di Malaysia diterangi setiap masa dan tidak berdepan masalah gangguan bekalan apatah lagi pada pagi raya. Menjadikan sambutan hari raya di Lawit lebih memilukan kerana berbeza dengan pelantar lain yang nisbah pekerja mengikut bangsa agak seimbang, di situ lebih 90 peratus pekerjanya adalah Melayu - Islam, sekali gus menjadikan pagi raya diselubungi tangis hiba. Bagi menyelami pengalaman dan rasa hati mereka, wartawan Berita Harian meluangkan masa bersama mereka pada hari raya, melihat bagaimana sambutan Aidilfitri diraikan di tengah lautan bersama lebih 80 rakan setugas. Ternyata, meskipun jauh di lubuk hati mereka terpendam rasa rindu yang sangat mendalam terhadap keluarga tercinta, kemeriahan Aidilfitri masih dapat dirasa apabila rutin hari raya seperti orang lain tetap dilaksanakan dengan bersama-sama menunaikan solat Aidilfitri, bertakbir, bermaafan dan menjamu selera dengan kuih-muih, tak ubah seperti di daratan. Namun, apabila beberapa pekerja di situ ditemu bual, terasa sebak di dada melihat genangan air mata, tambahan apabila menceritakan pengalaman bertahun-tahun beraya tanpa pelukan isteri dan tawa manja anak. Pekerja selenggara, Sulaiman Shamsudin, 55, yang berpengalaman 12 kali beraya di pelantar mengakui betapa dia sudah terbiasa dengan rutin beraya di situ dan akur dengan tuntutan tugas untuk memastikan operasi pelantar gas mesti diteruskan tidak kira masa. “Memang diakui, masa tahun pertama beraya di sini, rasa sedih memang tak terkata. Jauh dari keluarga. Bagaimanapun, selepas memikirkan karier ini adalah pilihan diri sendiri untuk berada di tengah laut, terpaksalah saya terima hakikat itu. “Kini, sudah tak rasa apa sangat. Melihat anak membesar tanpa peluang kerap beraya dengan saya menjadikan semua itu biasa. Anak pun macam sudah tak kisah. Dia macam sentiasa bersedia dengan kemungkinan beraya tanpa saya tiap tahun,” katanya yang dikenali sebagai Wak di situ dan mempunyai seorang anak di Perak. Bagaimanapun, Sulaiman berkata, meskipun dia kerap berhari raya di pelantar, persiapan hari raya untuk keluarga tetap dijalankan seperti ibu bapa lain, cuma ia terpaksa dilakukan awal untuk memastikan isteri dan anak dapat menikmati suasana hari raya seperti orang lain. Menceritakan pengalamannya melihat senario pada pagi raya, katanya hampir setiap kali hari raya akan ada pekerja baru yang berkurung di bilik kerana gagal menahan kesedihan melihat sambutan Aidilfitri dibuat di tengah lautan. Bagi Ketua Tukang Masak, Hanizul Hamzah, 46, yang bekerja di situ sejak 1996 dan tidak pernah berpeluang berhari raya bersama keluarga sejak itu begitu mengimpikan sambutan Aidilfitri seperti orang lain yang dapat mengucup dahi isteri dan menyambut kemaafan anak-anak pada pagi raya. Namun, menyelimuti kesedihannya itu ialah rasa gembira melihat pekerja di pelantar berselera menjamah hidangan disediakan, tertawa gembira ketika memilih menu yang pelbagai dan istimewa pada hari raya. “Pagi raya, menunya memang istimewa. Awak boleh tengok sendiri, pelbagai juadah disediakan untuk mendekatkan pekerja di sini dengan suasana sebenar berhari raya. Ketupat, lemang, dodol dan tapai adalah menu wajib,” katanya sambil menyediakan juadah untuk hari raya. Sebagai warga paling lama di pelantar Lawit, Hanizul menjadi antara pekerja paling disegani rakan lain dan situasi itu jelas kelihatan apabila dia mengimamkan solat Aidilfitri sekali gus menjadi rujukan kepada pekerja baru yang mahu meminta nasihat jika tidak mampu menahan kesedihan. Pekerja mekanikal, Nazman Muhammad, 35, mempunyai cara tersendiri bagi memastikan suasana hari raya di kampung dapat dinikmati apabila ada peluang bercuti selepas bertugas di pelantar pada pagi raya. “Meskipun saya pulang ke kampung selepas hari raya ke-10, saya akan minta ibu dan isteri masak balik semua hidangan hari raya seperti pagi raya. Saya akan jemput rakan dan saudara mara datang beraya. Sekurang-kurangnya, saya dapat tempias apa yang mereka rasa pada pagi Aidilfitri,” katanya yang mengakui rindukan masakan ibu setiap kali hari raya. Apapun, suasana hari raya di pelantar tetap tidak sama dengan di kampung kerana meskipun menunya istimewa, disulam dengan pakaian yang menggambarkan hari raya, tetapi pastinya tidak akan dapat menyamai keseronokan beraya di sisi orang tersayang, kaum keluarga.
// 3:14 PM
Salah dan silap harap dimaafkan...
GET OUT OF MY ROOM!
I HATE YOU!!! KAU TAK FAHAM KE!? Itulah yang keluar dari mulut aku semalam apabila tidak dapat mengawal kemarahan. Ayat itu ditujukan kepada seorang kawan yang ketika itu datang untuk memujuk dan meminta maaf. Kawan aku ni pernah buat salah kat aku suatu ketika dulu. Kami berkawan baik tetapi disebabkan sedikit perselisihan, kami tidak serapat dulu. Aku menjerit dengan kuat dan semua pandang ke arah kami waktu tu. Aku rasa bersalah yang amat bila dia keluar dari bilik aku. Aku rasa dia tak berhak untuk ditengking sebegitu. Dengan segera, aku meluru ke bilik dia. Lagi rasa bersalah bila tengok dia menangis sengsorang kat dalam bilik dia. Aku tak mampu berkata-kata. Aku hanya duduk dan melihat dia menangis. Itu semua silap aku! Aku tak pikir sebelum cakap...dan sekarang aku kena tanggung akibatnya. Sesungguhnya, aku tak pernah tengking orang sebegitu kuat dan 'kejam'. *...kita perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan kita...*
//Saturday, October 4, 2008 8:59 PM
Sekitar Raya...
Dua hari sebelum Syawal, motor kapcai buat hal tepi jalan lagi. Dah malas nak cerita panjang2. Kalau sangkut lagi aku kongsi dengan korang lagi.
Petang raya, niat nak ziarah kubur saudara ni (arwah la kan). Disebabkan kealpaan kami dan sudah lama tidak menziarah, pusara yang dimaksudkan tidak ditemui. Betapa aku rasa bersalah petang raya tu, Allah je yang tahu. Pagi raya, kes yang tak sedap nak cerita lebih2 la. Cukup kami je yang tahu. Korang apa tau! Kalau dah panas baran, mengaku je la! Raya pertama, boleh tahan la. Tetamu datang tak putus-putus dan menyebabkan aku mengalami satu situasi seperti seorang amah Indonesia di dapur. Ramai yang kata muka aku macam mak Indon. Mak Indon pakai tudung buat kerja tak henti2 kat dapur di hari raya, tu le aku! Raya kedua, banyak kemalangan yan kecil2 berlaku di dapur. Pinggan jatuh, cawan jatuh, bekas kuih jatuh tak lupa jugak satu periuk kuah panas mendidih jatuh. Terasa seperti kesabaran aku sedang diuji. Raya ketiga, aku pulak jatuh tangga. Kalau korang nak tahu, buku lali kaki aku ni memang sensitif. Dari kecil aku selalu terseliuh hingga la kali terakhir aku terseliuh masa wakil sekolah bola jaring. Kemudian, aku mula kurangkan aktiviti2 yang melibatkan lompatan dan sebagainya. Tapi kalau nak terseliuh tu, kat mana2 pun boleh. Hari ini, raya keempat, coretan terakhir tetang raya tahun ni. Jumpa lagi di entry raya tahun depan ye! *...Selamat Hari Raya...*
//Thursday, October 2, 2008 11:51 PM
Suasana Raya...
Selamat HARI rAYA!
Secara keseluruhan raya tahun ni...ok je. Sebenarnya, aku tak ada mood nak beraya sakan tahun ni. Tak tahu la kenapa. Kes pagi raya kat rumah aku ni, memang dah dijangka. Nak cerita lebih-lebih pun, tak sedap pula nanti. Lagi baik kunci mulut...buat bodoh je. Tapi aku tetap nak jerit, "LAGI BAIK TAK PAYAH CUTI!!! ADA TAK ADA, SAMA JE!!!" Paling nyata lagi jelas, aku dah tak rajin jalan-jalan raya. Kau sebut rumah sesiapa pun, jawapannya, "aku tak pergi pun". Ni aku nak cerita sikit... Pagi raya tu, aku pergi rumah mak (nenek). Lepas dah salam-salam tu, mak peluk cium pipi, cium dahi kemudian dia berbisik kat aku, "ada dapat tawaran mana-mana?" Aku rasa ramai yang dah tahu...aku mudah tersentuh tentang perkara macam ni. Dengan gagahnya, (suara ada bergetar sikit) aku pun jawab la "dalam hujung tahun ni kot". Tamat di situ. Tapi aku rasa macam nak nangis. Aku bukan jenis yang suka menunggu. Aku bukan jenis yang suka nak turutkan kata orang. Aku bukan jenis yang suka memilih. " AKU SEDANG MENUNGGU, AKU SEDANG TURUT KATA ORANG DAN AKU SEDANG MEMILIH!" Kenapa??? Aku sendiri tak ada jawapan. Just wait and see. Rugi? Ya...sesungguhnya aku dalam kerugian. Aku memandang dari segi positif dan ianya amat menguntungkan sebenarnya! *...apapun yang berlaku, semuanya ada sebab dan maknanya tersendiri...* |
|
|


