|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Saturday, May 30, 2009 7:47 AM
Nina
[entri mudah dan pendek]
Kalau sebelum ni nenek aku dok risau coz aku takde roomate... Now, aku umumkan secara rasmi, aku dah ada roomate k. So, nenek aku dan yang sewaktu dengannya dah tak payah risau lagi....lagipun aku sendiri tak risau dok sorang. As usual, ada aku kisah? Entri ni tak kan dedahkan nama penuh dan gambar Nina. Sebab aku tak dapatkan kebenaran dia pun....hahaha. Lagipun nanti dia perasan lebih! 11 Mei 2009 - First time jumpa budak ni! ( sumber tarikh datang dari dia sendiri ) Nak dijadikan cerita, soalan pertama yang dia tanya aku: " kat sana ada iron x? " Aku gelak nak pecah perut, soalan dah ok, tapi kalau aku jadi dia, aku tanya soalan lain....hahahahahahaha. Nina ni jenis yang open....aku tak kisah. Nina ni cute...( jgn perasan lebih2! ) First time tngok muka dia...kesian pun ada gak...sebab....dia kurus sangat...hahaha. Macam kat Malaysia ni tak cukup makanan. ok ar...aku tak nak main2 lagi....serius k! Untuk Nina: Nina, ko memang ok! Ko jaga solat dengan baik. Terima kasih kat ibu dan abah for that. Ko pandai jaga diri, tapi penakot! hahaha. Bab ko pandai menyanyi tu, aku tolak ke tepi la. Kalau ada apa2 problem, jangan pendam k. Tak nak luahkan kat kawan2, luahkanlah kat pencipta kita, kerna DIA Maha Mengetahui. Tapi aku tak kisah....sehabis baik, aku bantu apa yang patut, jangan segan k. Aku patut ucapkan terima kasih kat ko ar...coz biasanya aku cakap dengan tembok je masa aku dok sorang sebelum ni ( hahahahaha ). Aku normal k! haha. Pesanan buat cik adik cute ni, jaga pergaulan baik2...dalam pergaulan, kalau rasa tak sesuai, tarik diri dengan cara yang baik ( pesanan dari atok aku ). Jangan simpan dendam or membenci. DAN! jangan mudah jatuh cinta...hahahahaha. Btw Nina, panggilan umai tu biasanya my big family je yang panggil aku guna panggilan tu. Tapi....ada aku kisah? haha. JAGA DIRI!!! *...luv...* *...myrarms...*
//Saturday, May 23, 2009 8:20 AM
Berserah...
Aku berserah pada-Mu Ya Allah...
Andai kata result nanti menggembirakan, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah.... Andai kata result nanti mendukacitakan, aku bermohon pada-Mu Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada hamba-Mu ini... Moga aku dapat menerima segala ketentuan-Mu, Engkaulah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu. " Jangan bersedih kalau kita gagal. Tanya diri kita semula, "apa yang aku dah buat untuk lulus?" Andai kata usaha kita sedikit, result pun akan makin rendah, andai kata usaha kita bertimbun, result pun akan naik...Allah itu Maha Adil." *...myrarms...*
//Thursday, May 21, 2009 11:56 PM
Rabbit!
Happy 19th Birthday!
Nurul Wahiedahtul Izzaty binti Masdan *...myrarms...*
//Wednesday, May 20, 2009 9:41 PM
Berita Semasa dari Nilai
Tinggal satu lagi kertas. Aku menunggu Jumaat ni. Aku tak kan balik sejurus selepas habisnya kertas. Aku hanya akan balik pada hari Sabtu / Ahad.
Di Melaka, nenek aku masuk hospital. Disahkan menghidap kencing manis, darah tinggi dan jantung. Harap semuanya tenang...jangan cemas. Selagi mak ( nenek ) terdaya, biarkanlah apa yg dia nak buat. Bagi aku, ada 3 perkara yg aku titik beratkan bila orang tua jatuh sakit... Satu, jangan cemas. Tak perlu semua orang datang menjenguk dalam satu masa. Ni akan membuatkan orang tua rasa betul2 tak bermaya. Dua, jangan manjakan seperti orang yg sakit tenat. Kalau orang tua tu masih boleh bergerak dan berjalan. Biarkan...tapi perlu persediaan. Sebab, bila tak bagi mereka ni buat kerja, penyakit lain akan datang. Tiga, pulang ke pangkuan alam semula jadi. Terutama penyakit yg berpakej. Sebabnya, ubat untuk darah tinggi, kencing manis dan jantung itu saja dah '3 in 1'. Akhirnya, buah pinggang jadi penat dan gagal untuk berfungsi dengan baik. Tak sabar nak balik...rindu agaknya. Tahu ke maksud rindu tu apa? *...myrarms...*
//Sunday, May 17, 2009 1:16 AM
Hati dan Kepuasan...
Hati itu urusan Allah...
Kita sebagai manusia, takkan dapat puaskan hati semua orang disekeliling kita... Mesti ada 'give and take'. *...myrarms...*
//Wednesday, May 13, 2009 7:11 AM
Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak...
Assalamualaikum,
Dua kali dalam seminggu...Salam TAKZIAH buat kedua-duanya. Apa yang berlaku kepada Safurah dan Eddi betul2 menginsafkan... Kehilangan itu datang tatkala diri memerlukan kekuatan untuk menghadapai Final... Allah lebih Berkuasa...Dia tahu apa yang terbaik untuk kita...Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian... Pura dan Eddi ( kata hati aku untuk korang ): Doakan yang terbaik buat arwah ayah...dan kuatkan semangat...jika rasa rindu / sedih, cepat2 sedekahkan Al-Fatiha kepada arwah ayah... Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. *...myrarms...*
//Friday, May 8, 2009 8:55 AM
Harapan Kita...Doa Bersama.
Assalamualaikum,
Sempena Final minggu depan... Aku pernah baca, alangkah bagusnya kalau hari2 kita ada peperiksaan, sebab kita semakin dekat dengan Allah bila kita ada peperiksaan... Ya Rahman Ya Rahim... *...myrarms...*
//Monday, May 4, 2009 10:50 PM
Dingin ke? Ok ke tak?
Pernah tak korang rasa macam kawan layan kita dengan dingin? Sekejapan.... korang rasa kawan layan ok pulak...macam mana tu? Pernah tak korang perasan situasi macam tu? Kalau anda pernah perasan, bagus la. Kalau tak pernah, kenali kawan-kawan anda dengan lebih dekat ye! Dalam kita bergelak ketawa, dalam kita kongsi suka duka, dalam kita menjalani kehidupan seharian bersama, tanpa kita sedari, ada di antara kawan-kawan yg terasa dengan perbuatan kita. Ada di antara mereka yg bercakap belakang tentang kita. Ada yg dengki dengan kita. Semuanya bukan prasangka aku je, tapi semua ni memang berlaku. Kenapa aku berani bercakap sedemikian rupa? Sebab aku juga mangsa dan pemangsa. Aku ni kuat bergurau, kadang-kadang tu mungkin gurauan aku tu kasar sampai menyakitkan hati kawan. Belakang aku pulak, diorang dok kutuk segala macam. Perbualan yg mesra tiba2 bertukar seperti penuh dengan sindiran sinis. Aku perasan perubahan tu semua, pengamatan humairah tak dapat digugat gamaknya...penglihatan dan pendengaran bersatu. Kadang-kadang, aku jadi pemangsa. Aku pulak join mereka dalam cakap2 belakang ni. Tapi aku dapat kawal diri dan aku mula jauhkan diri dari perbualan yg bodoh tu. Aku terfikir, kenapa kita tergamak nak berkata belakang tetang kawan kita. Kawan yg kita kenal, kawan yg berjuang dengan kita ( menuntut ilmu ), kawan yg dengar segala masalah kita...tapi akhirnya? Kita bercakap belakang tetang dia. Mungkin ada perbuatan atau cara kawan yg kita tak boleh terima. Tak perlu kita kutuk, hina, mengumpat pasal dia kan? Biarkan dia dengan kehidupan dia. Adakala dia layan kita dengan teruk, tapi kita cuba sehabis baik untuk tidak membenci dia. Sebab kalau bertambah senarai orang yg kita benci, bertambah juga dosa kita dan benda2 macam ni menyebakan tekanan pada kita tanpa disedari. Apa yg boleh kita buat kalau kita mula perasan kawan layan kita dengan dingin? Dah tentu kita perlu tahu yg semua itu bermula dari kita, kiranya macam salah kita. Sayangkan persahabatan? Sudah tentu... Ini apa yg aku selalu buat:
*...myrarms...*
|
|
|

