|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
#$%&*%^!!* Dugaan Datang Tatkala Diri Mula Bahagia... Bila Diri Mula Putus Asa... Dunia ni Kecik je... Nina Berserah... Rabbit! Berita Semasa dari Nilai Hati dan Kepuasan... Ujian yang Hebat untuk Seorang Anak... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, March 26, 2008 10:22 AM
Novel
Aku memang peminat novel, tapi bukanlah peminat setia. Kepada orang2 yg baca novel English selalu mengklasifikasikan pembaca novel Melayu sebagai 'kolot'. Diorang kata zaman sekarang dah tak main la baca novel Melayu, sekarang baca novel English. Bagi aku, itu cakap orang lupa daratan. Itu cakap orang yang pandang rendah novel Melayu. Bagi orang yg baca novel English dan Melayu macam aku ni, konklusinya ada novelis Malaysia (Melayu) yg lebih baik daripada novelis Mat Salleh. Bagi aku, novelis ni memang yg terbaik. Novelis Thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Pemilik nama ni memang seorang yg bijak, teliti, berpengetahuan luas, rajin dan bercita-cita tinggi. Aku pernah baca novel John Grisham. Memandangkan novel tu bukan ditulis dalam bahasa ibunda, aku yakin standard diorang sama je...John Grisham punya novel tak la hebat mana pun.........
Aku mula kenal nama Ramlee Awang Murshid tahun 2005 melalui kawan aku. Sebelum 2005 (F3) memang tak minat baca novel. Tapi ada la jugak baca, antaranya Diari Seorang Jururawat. Tahun 2005, Ramlee keluarkan Rahsia Perindu. Dari situ aku mula jatuh minat sangat dengan hasil karya beliau. Kebetulan, tahun 2006, ada seorang kakak F6 ni, dia pun peminat novel Ramlee. So dia pinjamkan Bagaikan Puteri. Lepas dah baca 2 novel hasil karya Ramlee, apalagi aku tekad la nak baca semua hasil karya beliau. Sehingga kini, aku dah baca ADAM dan Ungu Karmila. Aku baru beli novel Hatiku di Harajuku. Next aku nak baca novel Ranggau kat library. Cara penulisan Ramlee sama je macam novelis lain. Cuma cara dia susun atur situasi dan watak mengikut tempat, tarikh dan masa membuatkan macam kita tengah tengok drama TV. Sentuh pasal drama TV, kenapa la tak ada produser drama yg nak terbitkan novel Ramlee dalam versi drama. Padahal novel Ramlee banyak tentang penyiasatan. Aku yakin kalau ada yg nak buat versi drama TV mesti meletup drama tu (kalo betol ikot gaya la kan...) Yang peliknya novel Sharifah Abu Salem ada pulak yg nak buat drama. Padahal novel Sharifah semua tentang cintan-cintun yg sama dan sama je kisahnya. Novel cinta yg bermula daripada si hero jatuh hati kat si heroin (time tu kat kolej). Si heroin pulak jual mahal kat si hero. Lepas tu hero dan heroin bermasam muka, tak bertegur sapa. Si hero pulak anak orang kaya yg membawa hati yg lara ke luar negara. 2 tahun kemudian...si hero terserempak dengan heroin lepas tu dia pujuk heroin terima dia semula. Ending mesti la hero dan heroin kahwin, kalau sad ending lingkup Alaf 21 tak ada orang nak baca novel cinta. Berulan-ulang. Bukan setakat novel je, drama pun jalan cerita lebih kurang sama. Berbeza dengan novelis Ramlee. Penyiasatan yg pelbagai. Penyiasatan daripada perspektif peguam, saintis, pegawai tinggi dan lain2 la. Baca satu novel, boleh dapat macam2 info baru. Pengetahuan dalam bidang perubatan (istilah sains/nama penyakit), budaya (luar dan dalam negara anratanya Jepun), perkataan baru, sejarah dan macam2 lagi la. Dari segi istilah undang2 pun ada. Kepada yg pandang rendah novel Melayu, cuba baca novel hasil karya Ramlee Awang Murshid. Tepuk dada fikir sendiri. *...terima kasih kepada Maziah kerana memperkenalkan aku dengan novel Ramlee Awang Murshid...*
//Thursday, March 13, 2008 8:09 AM
Aku Hampir ke Situ???
Aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah, mimpi indah yg ternyata hanyalah khayalan aku.
Pernah suatu ketika dulu kupunya harapan besar untuk hidup dengan penuh ketenangan dan kemudahan. Kini aku tak pasti dapatkah kumilikki...segala apa yg aku impikan, hanya usaha dan berdoa yg aku terdaya. Ada satu suara menyatakan kepada aku: "Sudah jauh kita tempuh, kekalkanlah impian lalu...doaku sentiasa bersamamu." Keluargaku cuba memujuk: "Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan, biar nanti kecewa setidak-tidaknya coba..." Rakan-rakan seperjuangan berpadu mengatakan: "jika halangan menduga perjalanan kita...janganlah kau putus asa kerana ku ada disisi setia menemani. Andai semangatmu gugur...genggamlah tanganku kerana kita hampir ke situ...iaitu cita-cita kita." Aku masih longlai dengan alasan, adakala ku terasa ketabahan tak setegar. Namun aku masih percaya dengan kata-kata semangat rakan-rakanku, tetapi apakah hanya berhenti separuh jalan? Hatiku yg merupakan teman paling setia berbisik: "percayalah padaku... aku yakin kita mampu..." Guru-guru berpesan: "jika halangan menduga perjalanan kita, janganlah kau putus asa, kerana ku ada disisi setia menemani. Andai semangatmu gugur, genggamlah tanganku kerana kita hampir ke situ...menuju kejayaan yg kita usahakan bersama." Saudara-mara sentiasa menitipkan doa untuk kejayaan aku. Mereka seolah-olah menjerit: "biar orang kata rapuhnya harapan, bukan mereka tentukan takdir, kau ada aku dan aku punya kamu, apa jua akhirnya tetap bersama!!!" Dan akhirnya aku sematkan dalam hati sampaikan aku tekad jua: "jika halangan menduga perjalanan kita, janganlah kau putus asa, kerana ku ada disisi setia menemani. Andai semangatmu gugur, genggamlah tanganku kerana kita hampir ke situ." Aku pasti kita hampir ke situ...tahap kehidupan yg kita impikan, wahai rakan-rakan. *...Kuteringat hati, yg bertabur mimpi, Ke mana kau pergi, cinta... Perjalanan sunyi, yg engkau tempuh sendiri, Kuatkanlah hati, cinta...*
//Saturday, March 8, 2008 10:17 PM
Undi dan Cabut Kuku Lagi...
Semuanya dah selamat mengundi. Kes kat Rusila tu aku no komen la. Tahu2 je la aku kalau dah komen benda2 macam ni memang tak ingat dunia. So biarkanlah....
Tentang cabut kuku. LAgi sekali aku pergi klinik nak cabut kuku yg kena kulat tu. Memang menyakitkan seperti biasa. Itu semua masih tak menghalang aku untuk tulis kat blog ni. Itu maknanya aku masih ada jari dan aku bersyukur. Alhamdulillah... Aku rasa ada bad news la tentang kuku ni. Doktor tu kata kuku tetap akan tumbuh tak cantik ( tak bercantum dengan kulit ). Masa doktor tu kata macam tu, aku rasa terkilan coz tak pergi jumpa doktor awal2. Aku pun tak fikir sangat cantik ke tak kuku tu. Kalau tak ada kuku pun tak ape. Bagi aku yg penting keselesaan dan kebersihan. Maklum je la kuku dah tak melekat kat kulit so kalau terlanggar, memang menjerit aku dibuatnya. Lagi satu kalau kena air, kulit akan mengelupas dan keadaan ini menimbulkan kegelian orang lain. Apa yg mampu aku buat sekarang ni ikut arahan doktor disamping berdoa moga aku diberi keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya-Allah.... *...Kepada sesiapa yg tak mengundi tu ( dah cukup syarat ), jgn menyibuk nak kutuk kerajaan, coz anda memang bukan milik Malaysia...* |
|
|

