|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Karanganku Adoi!!!! Boling Reborn selepas underconstruction. Buku Nota T A H N I A H !!! Rindu.... Kenangan Terindah ( Orang Penting 5SC2 ) Kena Tolak Motor Lagi!!! Thanks for all the wishes....!!!! Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, February 13, 2008 9:47 PM
Pergi Buat Selama-lamanya.....
Assalamualaikum,
"Uwa dah meninggal". Itulah ayat yg paling aku takut sejak belakangan ni. Aku sedar bila2 masa saje Uwa ( datuk ) boleh pergi. Tiap kali bunyi telefon, hati aku berdegup kencang. Itu semua jadi kenyataan pada pukul 5.15 pagi 12/2/2007. Obek Nah suruh datang rumah Uwa sekarang jugak. Obek Nah kata "mata Uwa dah naik atas". Selang beberapa minit, Obek Mon pulak telefon dia kata, "datang cepat". Dengan harapan tiada apa2 yg serius, 5.45 pagi aku terima berita sedih yg Uwa dah tak ada. Ummiku kini yatim piatu.... Dua hari sebelum meninggal dunia.Kali terakhir aku dan Ummi tengok arwah, dua hari sebelum tu. Uwa makin lesu....tapi tanpa disangka itulah kali pertama dan terakhir aku suapkan air ke mulut Uwa sejak dia sakit. Lepas tu lak, aku terasa nak ambil gambar Uwa buat kenangan. Aku macam terasa yg aku tak akan jumpa dia lagi. Uwa ( Abu bin Hamid ) yg aku kenal merupakan seorang yg tabah dan kuat ( fizikal dan mental ) Bak kata Ummi, Uwa ni urat dawai tulang besi. Walaupun Uwa sakit dia masih berdikari. Kalau nak minum air, Uwa diam2 berjalan ke dapur dan buat air sendiri. Perkataan sakit seolah-olah tak wujud dalam kamus hidup Uwa. Arwah tetap menyapu dan kemas bilik walaupun bertongkat. Uwa tak pernah manjakan diri walaupun ada anak2 yg jaga. Pemergian Uwa memang terasa....pagi tadi aku ke rumah Uwa, tak ada lagi tangan dia yg aku selalu salam dan cium. Memang sebak...... Pagi tadi aku tanya Obek Non, "Hari ni tak ada surat khabar ke?". Obek jawab, " Uwa dah tak ada, tak ada la surat khabar". Memang terasa sedih la waktu tu...masih lagi tak percaya yg Uwa dah pergi selama-lamanya.... Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Dari urusan pengebumian jenazah hinggalah kenduri. Semuanya kuat2 belaka walaupun masih bersedih... *...AL-FATIHAH...*
|
|
|



