|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Afiq dan Forumnya... Enjoy! Tempat Ketiga Bahas Novel Aku Hampir ke Situ??? Undi dan Cabut Kuku Lagi... Kulat Kuku Demam Harapan Cintaku Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Saturday, April 26, 2008 5:33 PM
Sekolah Cina...Part 1.
Assalamualaikum,
Kawan? Siapa kawan dalam hidup aku? Ini ada satu fakta tentang kawan2 aku. Baca betul2, ini fakta dan bukan auta. Setelah berfikir, aku mendapati aku mempunyai lebih ramai kawan Cina daripada Melayu. Satu situasi di mana yg selama ni aku seakan-akan tak nak mengaku. Hal ini kerana lebih banyak masa aku dihabiskan bersama kawan Melayu. Disebabkan faktor agama, budaya, adab dan adat, tu pasal la aku kurang bersama mereka ( kawan Cina ). Perkara ni menjadi fakta yg memang tak boleh disangkal lagi kerana tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah ( Cina ), aku banyak bergaul dengan diorang. Terima kasih kat ayah aku...kalau tak aku tak dapat bayangkan aku berkawan dengan Melayu. Sepanjang alam persekolahan, aku selalu terfikir kenapa bapak aku hantar aku belajar kat sekolah Cina. Aku jugak selalu membayangkan, adakah aku akan mencapai keputusan yg lebih baik kalau belajar kat sekolah Melayu ( faktor bahasa )? Tapi aku cuba tak nak memikirkannya kerana aku tak nak timbul penyesalan seperti apa yg berlaku terhadap kawan aku dulu. Kes kawan aku dulu, disebabkan ketidakfahaman antara mak ayah dia dalam memilih sekolah telah menjadi punca penceraian. So, kepada ibu dan ayah di luar sana, memang kuasa di tangan anda tapi sentiasa ingat, anak yg nak belajar bukannya anda. Kita boleh tengok sekarang ni, umur 5-6 tahun dah pergi tuisyen. Aku masa Form 5 pun tak masuk tuisyen...tu pasal le bangang semacam. Berbalik kepada kawan, bapak aku kata dia masukkan aku sekolah Cina sebab nak suruh aku belajar cara Orang Cina berfikir. Aku tak nampak yg cara pemikiran aku macam Orang Cina pun. Masih lembap dan tak kiasu pun. Lain pulak dengan kawan2 Melayu aku, diorang kata aku memang berfikir macam Orang Cina. Aku tak faham. Ya, aku memang 100% mengaku yg cara pemikiran mereka memang pantas, menyeluruh dan tepat. Masalahnya....aku tak rasa yg aku berfikiran macam tu. Masa tadika, aku tak paham apa2 waktu tu. So bapak aku hantar aku tadika Cina aku tak boleh kata apa la. Tapi perasaan pada hari pertama memang aku tak kan lupakan. Bayangkan kanak2 berumur 5 tahun nak memulakan alam persekolahan dengan bangsa asing. Aku rasa masa tu, aku macam ayam yg cuba bercakap dengan itik. Memang tak faham langsung. Aku yakin dalam seminggu aku cuma bercakap sepatah perkataan je. Aku tadika 2 tahun...lepas tu, sekolah rendah, aku dah biasa dengan bangsa diorang so tak ada apa2 la. ok je....sampai darjah 6. UPSR, HONESTLY, aku ingin memberitahu satu dunia bahawa aku tak tahu apa itu UPSR. Aku tak tahu apa kepentingan UPSR dan apa tujuan diwujudkan UPSR. Pada waktu itu la, sekarang, bila pikir2 balik rasa macam nak belajar betul2. Belajar kat sekolah Cina bukan sesuatu yg mudah lebih2 lagi kepada orang yg tak berminat dan terpaksa mungkin macam aku. Aku tak rasa yg aku cintakan Bahasa Cina pada waktu tu. Tu pasal la bangang semacam. Adush...sakitnya hati. TEKANAN memang wujud di mana orang sekeliling seolah-olah mempersoalkan kemampuan kita bila belajar kat sekolah cina. Ada yg kata susah, ada yg kata aku tak boleh bawa silibus2 sekolah Cina. Bila diorang tahu yg aku sekolah Cina, diorang suruh aku cakap bahasa Cina. Diorang ingat aku hebat sangat ke, aku tak nak cakap Cina sebab aku memang tahu diorang memang nak uji kemampuan aku....akhirnya, aku mendiamkan diri kalau diorang suruh cakap Cina. Naik sekolah menengah, aku sekolah Cina tapi silibus sama dengan sekolah kebangasaan Melayu. Bagi aku, SMJK yg aliran Cina tetap sekolah Cina walaupun silibus sama dengan SK. Cikgu, pengetua, pelajar dan pekerja semua orang Cina. Kalau cikgu dah orang Cina mana kau nak lari daripada kerja sekolah yg banyak tak kira la silibus apa sekali pun. Terutama matematik... Belajar di sekolah Cina ni memang banyak kerja sekolah terutama matematik. Kalau sepupu ( sekolah melayu ) aku merungut sebab matematik kena buat satu muka surat, AKU TAK HERAN. Masa aku sebaya dia ( darjah 6 ), 5 muka surat latihan itu dah kira sikit. 7-8 muka surat latihan baru banyak. Itu baru matematik, belum lagi subjek lain. Boleh pening o! Tapi sekarang bagus jugak buat macam tu sebab aku dah biasa buat kerja yg banyak. Aku kalau boleh tak nak jadi macam abang aku. Aku bukan nak kata abang aku tak bagus. Cuma aku rasa dia jadi mangsa keadaan. Dulu aku dengar cerita yg dia memang tak minat dan tak nak masuk sekolah Cina. So dia macam ada sikit pemberontakan. Disebabkan itu, mak ayah aku terpaksa akur dengan pilihan dia ke sekolah Melayu untuk sekolah menengah. Orang selalu perli abang aku sebab dah tak fasih cakap Cina. Dah abang aku tak minat, jangan le perli2 lagi. Itu la aku kata orang sekeliling tak memahami kita, kita yg kena kenal diri kita. Kadang2 kesian tengok abang aku, belajar 6 tahun kat sekolah Cina, selepas 5 tahun sekolah Melayu orang masih berharap dia boleh cakap Cina. Kalau aku jadi abang aku, aku mesti sedih coz aku seolah-olah telah menghampakan orang sekeliling. Dilema..................................................................................yg tak sudah. Bagi aku, yg penting MINAT. Kalau ada minat semua benda kita boleh buat. Aku bangga dan kagum dengan minat seorang sepupu aku ni. Dia dulu sekolah rendah aliran Cina, sungguhpun sekolah menengah sekolah agama, dia masih mampu berbahasa Cina dengan fasih. Tabik spring la untuk dia. Sekarang ni, aku ada 2 orang sepupu yg masih belajar di sekolah Cina. Diorang ni adik-beradik. Mengikut pengalaman aku, yg kakak ada sedikit masalah. Aku mula perasan masalah masa dia darjah dua ( sekarang dia darjah 3 ). Aku tanya dia face to face, sama ada dia berminat dengan bahasa Cina. Ini jawapan dia: "TAK, TAK MINAT. BENCI SEBAB TAK FAHAM DAN SUSAH." Dalam hati aku kata, dia macam abang aku. Atas dasar aku tak nak sejarang berulang lagi, aku bagi kata2 semangat dan perangsang dan aku berdoa semoga dia berjaya satu hari nanti. Kepada sesiapa yg nak hantar anak atau anak buah belajar di sekolah Cina, beri pendedahan dan memberitahu mereka apa sebab anda memilih sekolah Cina untuk dia. Hal ini kerana mereka tidak tahu apa2 pada usia yg begitu muda. Pastikan anak atau anak buah anda berminat untuk menguasai bahasa Cina. |
|
|

