|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Ulang Tahun Sekolah Cina...Part 1. Afiq dan Forumnya... Enjoy! Tempat Ketiga Bahas Novel Aku Hampir ke Situ??? Undi dan Cabut Kuku Lagi... Kulat Kuku Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, April 30, 2008 11:49 PM
Sekolah Cina...Part 2
Assalamualaikum,
Dalam Part 1, aku dah cerita tentang MINAT. Part 2, aku nak sentuh tentang PERGAULAN. Mengikut pengalaman aku, pelajar Melayu yg bersekolah Cina selalu timbulkan masalah disiplin. Walaupun kami boleh dikira sebagi minoriti di sekolah Cina tapi masalah disiplin pelajar Melayu yg mendahului. Alhamdulillah, sepanjang alam persekolahan aku tak pernah buat kesalahan yg besar2 macam mencuri ke, lawan cikgu ke, bergaduh ke….tak pernah dan InsyaAllah tak kan. Selain daripada tu, pelajar2 Melayu sering dipandang serong oleh guru2 Melayu. Itu perkara yg paling aku tak faham sampai sekarang. Kenapa nak pandang serong kat pelajar2 Melayu? Sepatutnya diorang kena selalu beri nasihat dan ambil berat tentang kitorang tapi sayangnya cikgu2 Melayu menyanjung tinggi pelajar2 Cina. Memang tak dinafikan pelajar Cina lebih baik daripada pelajar Melayu dalam akademik dan koku. Masalah pelajar Melayu seperti sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu jatuh tegolek-golek lagi. Selalunya pelajar Melayu sensitive dan mudah terasa apabila cikgu atau kawan Cina menegur mereka. Tapi bagi aku tidak perlu untuk berasa kecil hati kerana kawan2 walaupun kaum lain menegur mereka kerana kita, Melayu memang banyak kelemahan. Kadang2 tu gurauan mereka ada yg menyentuh sensitivity kaum tapi terpulang pada kita untuk menjelaskan kepada mereka. Dalam hal2 agama pulak, kita terangkan kat mereka supaya mereka tak sewenang-wenangnya bergurau dgn perkara sensitive sebagi contoh hal makanan yg halal dan haram. Aku sendiri selalu berbincang dalam hal2 agama hinggakan apabila mereka bergurau dan tersentuh tentang agama aku akan tegur mereka dengan cara yg lembut bukannya marah2. Asas agama memang kena kuat. Alhamdulillah latar belakang keluarga aku memang mementingkan pendidikan agama. So nak kata terpengaruh sangat tu tak ada la. Asas agama penting dalam pergaulan terutama pergaulan yg berlainan agama dan budaya. Dulu, aku pernah berkawan dengan sorang budak Melayu ni, dia memang fasih berbahasa Cina dan selalu bergaul dengan orang Cina. Sayangnya…kurang didikan agama daripada keluarga telah menyebabkan budak ni terikut-ikut dengan budaya orang Cina. Gaya dia pun dah tak macam orang Melayu apatah lagi menggambarkan Islam. Sayang seribu kali sayang kalau pandai berbahasa Cina tapi hidup tanpa pegangan yg kukuh terhadap Allah. Sekarang ni, aku tengok trend orang Melayu hantar anak pergi sekolah Cina disebabkan bahasa Cina kerana penggunaannya yg meluas. Tapi cuba korang tengok berapa ramai anak2 Melayu yg bersekolah Cina sembahyang? Aku cakap berdasarkan pengalaman. Kita sendiri sedia maklum cara dan budaya agama orang Cina. Tak semua mereka beragama. Ada yg mengaku ada agama tapi tak percayakan agama sendiri. Bayangkan anak2 Melayu kita bergaul dengan orang macam ni lepas tu tanpa didikan agama yg kuat, apa akan jadi? Masalah besarlah! Dalam hal2 agama ni, ibu bapa kat rumah yg memainkan peranan penting. Dah tahu anak bergaul dengan kafir kat sekolah, pandai2lah didik anak dengan asas agama kat rumah. Itu pun susah sangat ke? Aku tak fahamlah…! Perkara tentang AGAMA dalam PERGAULAN kepada anak2 Melayu yg bersekolah Cina AMAT PENTING kerana hal ini bersangkut paut dunia akhirat. Aku bukan nak kata meraka yg belajar di sekolah Cina je. Masalah anak bangsa sendiri kat SK pun lagi pening kepala. Aku pun tak faham…. Aku buat entry ini sebab ada orang tanya tentang kebaikan dan keburukan sekolah Cina. Ini Cuma pandangan aku je. Lain tempat lain pengalaman. Aku cuma nak bagitahu ibu bapa kat luar sana ( itupun kalau ada yg terterjah blog aku ni…), sebelum hantar anak anda ke sekolah Cina, pastikan anda mampu untuk memberi DIDIKAN AGAMA yg baik kepada anak2 anda di rumah. Jangan nak harapkan ustazah kat sekolah je. Kalau tak mampu, hantar anak anda ke mana2 kelas agama. Bila dah confirm nak hantar anak anda ke sekolah Cina, pastikan anak anda menerima pendidikan awal ( tadika ) di mana2 TADIKA CINA. Kalau tak, masa masuk darjah 1 nanti memang susah. Lepas tu, tanya anak anda sama ada MINAT tak dengan bahasa Cina. Minat memang boleh dipupuk. Tu pasal kena hantar tadika Cina dulu, kalau tak kita tak tahu sama ada budak tu minat ke tidak. Kalau anak anda tak minat, lupakan je la hasrat anda tu… Ni pun perkara penting jugak, SOKONGAN. Ibu dan ayah kena selalu memberi sokongan dan sentiasa memahami situasi anak2 di samping mengikuti perkembangan pelajaran anak2. Kalau dirasa perlukan tuisyen, hantarlah anak anda pergi tuisyen. Tapi bagi aku, budak umur 5-10 tahun tak payahlah hantar tuisyen. Tension je……….! Akhir sekali, tak kira di mana dan belajar apapun, yg penting ENJOY! Lu pikir sendiri! Alamak! Terlebih sudah..! *…peace…* |
|
|

