|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Jaga Diri... Bukan Apa yang Aku Pinta Ke-100 Selamat Tinggal SMYB Cuti yg penuh dengan… Diam....keep your mouth shut, humairah Entah apa-apa Rasa Hatiku... Dapat Tawaran Belajar kat Mana??? Ayuh...kembali ke sekolah! Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, July 16, 2008 11:17 PM
A. T. D. M.
Assalamualaikum,
Ramai yg mungkin masih beranggapan aku berada di Matrikulasi atau F6 di SMK Seri Kota. Di sini, aku nak buat satu kenyataan yg jelas bahawa : HUMAIRAH BINTI ROSLI kini secara rasminya duduk rumah buat apa yg dia suka. Tidak lagi belajar...duduk rumah buat apa yg patut. Aku tak tahu kenapa aku buat keputusan ni. Aku harap semua orang faham dan tidak bertanya terlalu banyak soalan. Bagi aku masa untuk berfikir dan menyesuaikan diri dengan situasi yg janggal ini. Maklumlah, semua rakan2 sebaya dah lanjutkan pelajaran. Aku? Buat keputusan macam ni. Memang korang boleh kata aku gila. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Sejak beberapa bulan yg lepas, aku terlalu sensitif tentang melanjutkan pelajaran. Aku mudah menangis, aku mudah marah, dan aku mudah senyap seribu bahasa. Bagi aku, langkah mendiamkan diri itu merupakan satu langkah yg terbaik. Aku tak mahu lukakan hati sesiapa. Apa yg boleh aku kata, aku tak kisah...tapi hati aku kata aku kisah. Terlalu memilih??? Ada insan ni mengatakan bahawa aku terlalu memilih dan tidak menghargai peluang yg ada. Aku juga memilih untuk tidak menjawab soalan insan itu. Tak banyak yg boleh aku kata tentang perkara ni. Nak kata aku terlalu mengikut kata hati, aku pun tak tahu. Aku cuma harap...semua orang menerima aku seadanya. Jangan mudah menilai jika tidak mengetahui perkara yg sebenar. Dan tidak ada sesiapa pun yg tahu tentang perkara sebenar selain Ummi dan adik aku. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yg banyak memberi sokongan dan memujuk aku untuk terus belajar. Terima kasih dan aku sayang korang! Selain daripada perkara di atas, terlalu banyak perkara lain yg berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni. Aku sedih dengan apa yg bagi aku baru sahaja terjadi. Aku cuba untuk menerimanya...dan terpaksa aku lepaskan atas sebab2 tertentu. Kepada yg mengetahui apa telah berlaku dan memberi kata2 semangat, terima kasih dan aku sayang korang! Terasa macam baru semalam berlaku tetapi hakikatnya sudah seminggu. Amat menyakitkan dan menyedihkan. Sori kepada sesiapa yg tak tahu apa yg sebenarnya terjadi. Aku tak akan buka mulut kecuali mereka yg suka mengorek cerita. Satu yg aku minta...jangan sesekali menilai seseorang dari luaran. Nota: Nottingham, Curtin and Stamford Melaka, memang baik ar korang ni. Best jadi kawan korang...hee~ |
|
|

