|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Cuti yg penuh dengan… Diam....keep your mouth shut, humairah Entah apa-apa Rasa Hatiku... Dapat Tawaran Belajar kat Mana??? Ayuh...kembali ke sekolah! Sekolah Cina...Part 2 Ulang Tahun Sekolah Cina...Part 1. Afiq dan Forumnya... Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Thursday, June 12, 2008 9:04 PM
Selamat Tinggal SMYB
Tengok tajuk kat atas tu, aku dah terasa sedih. Aku pernah tulis entry tentang hidup aku di SMYB bertajuk Persaingan. Kalau rajin pergi la cari. Lima tahun, sekolah ni telah menjadi saksi di atas pendidikan menengah seorang remaja yg bernama Humairah. Dari kena rotan dengan Puan Gan ( dah bersara ) hinggalah wakil sekolah ke sana ke mari, semuanya atas nama SMYB. Aku merupakan pelajar yg sederhana. Sederhana dalam segala hal…dalam pelajaran, dalam pergaulan, dan dalam kokurikulum.
Boleh dikatakan seorang yg takut untuk melanggar peraturan sekolah. Kalau dah langgar peraturan sekolah tu, aku mesti berasa bersalah. So, aku yakin Mr. Bong ( guru disiplin ) mesti tak kenal muka aku. Semalam, dia jumpa aku nak bincang pasal pertukaran ke SMKSK. Bila aku kata yg aku ni dulu pelajar SMYB, tapi dia kata dia tak cam aku. Aku pun jawab la, “cikgu tak pernah ajar saya dan saya tak pernah buat jahat, tu pasal cikgu tak selalu tengok muka saya”. Bukan main dia ketawa…memang betul pun aku tak pernah terlalu melampau dalam melanggar peraturan sekolah. Sikit2 tu adalah… Kalau nak cerita tentang SMYB ni aku rasa sampai bila pun tak habis. So, sikit2 pun ok la kot… Cikgu2 pun semua best2 dan berdedikasi…pengawas pun boleh tahan la….kadang2 aku rasa pengawas dengan pelajar biasa pun sama dua kali lima, harapkan pagar, pagar makan padi. Pelajar2 pun overall ok la. Kadang2 takut la jugak dengar pelajar2 yg terlibat dengan gangster a.k.a kongsi gelap. Ada jugak berita2 sedih tentang pemergian beberapa individu. Antaranya Cikgu seni aku masa F3, seorang senior meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya dan seorang junior meninggal kerana lemas dalam tasik terbiar. Berita yg mengejutkan dan rasa sedih tetap ada walaupun ada yg berlainan agama dan bangsa. Ada jugak pencapaian yg cukup aku banggakan. Antaranya, salah seorang rakan mendapat anugerah Pengakap Diraja tahun lepas, juara drama BM & BI, juara pantun kawasan ( kalau tak silap ), juara pidato LHDN, juara antara juara dalam pelbagai pertandingan bola keranjang dan banyak lagi la. Buka sekolah awal minggu ni pun, kami pelajar2 Melayu khususnya telah kehilangan seorang ustazah ( Ustazah Azlifah ) yg begitu komited dalam mendidik anak bangsa tak kira bangsa dan agama. Perpindahan beliau ke tempat baru diiringi dengan doa daripada kami…moga beliau senang dan selesa di tempat baru. Seorang lagi ustazah yg begitu dekat dengan kami, pelajar2 Melayu ialah Ustazah Azizah. Beliau seorang yg mudah tersentuh jikalau bercerita tentang masalah para pelajar. Usaha beliau untuk menyaksikan perubahan dalam diri pelajar2 Melayu merupakan usaha yg amat2 dihargai. Moga Kem Istiqamah nanti dapat memberi sinar baru kepada pelajar2 Melayu. Kali ni pasal pengetua pulak. Mr. Tay ada karisma beliau yg tersendiri, ala2 ada kelembutan dalam ketegasan. Kata2 nasihat ketika aku berada di F3 dan F5 memang ada sedikit memberi kesan dalam hidup aku. Sepatutnya beliau nak bersara, tetapi dengar kata persaraan tu akan ditunda sampai entah bila le…aku pun dah lupa. OK la…tak nak cerita banyak2. Biarlah setiap kenangan di SMYB tersimpan kemas dalam kepala hotak aku ni. Sedih memang sedih…tapi hidup harus diteruskan. Tiada lagi ‘house compound’ – jeritan popular daripada Mr. Ong Tiada lagi ‘semua pelajar diminta berdiri tegak, nyanyi dengan penuh semangat dan lantang’ – ayat skema daripada pengawas bertugas setiap pagi sebelum nyanyi Negaraku. Tiada lagi ‘tegakkan badan, kembangkan dada, hidung tinggi, senyum…’ – jeritan popular Mr. Chan kalau ada ceramah dalam dewan. Tiada lagi keramahan Ah Soon ( uncle kantin ). Tiada lagi kena halau dengan pengawas kalau lewat beredar dari kantin atau lambat keluar kelas waktu rehat. Tiada lagi ucapan yg ‘seketul-ketul’ dan beulang-ulang daripada Mr. Hua ( GPK Koku ) – memang menyeksakan…sabar je la. Tapi teramat la jelas hingga tak ada seorang pun yg akan terpinga-pinga kerana akan ada ‘siaran ulangan’. Tiada lagi merasai suasana duduk bersila masa belajar Pendidikan Islam. Aku merindui itu semua…dan terus dirindui. Yok Bin Boleh! SMYB *…SEKOLAH BERBUDAYA TINGGI…* |
|
|

