|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Ogos... Hari Ini Aku Gagal Keluargaku... Aku Gumbira!!! Nama Baru Sains dan Islam A. T. D. M. Jaga Diri... Bukan Apa yang Aku Pinta Ke-100 Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Wednesday, August 13, 2008 2:25 PM
Secara jujur, aku kecewa...
Secara jujurnya, aku kecewa dengan sesetengah pihak yg cuba untuk melunturkan semangat dan cuba untuk memandang rendah kat aku. Semalam pagi, aku menerima panggilan daripada seseorang. Pada mulanya hanya sekadar bertanya khabar dan bercerita tentang perkembangan masing-masing.
Secara jujurnya juga aku telah menyatakan bahawa aku tidak dapat tawaran ke IPTA. Serta-merta nada suara dia berubah. Dengan nada sinis dan tanpa memikirkan perasaan aku, dia telah mengeluarkan kata-kata yg bagi aku dia langsung tidak berpijak di bumi yg nyata. Pemikiran masyarakat ternyata amat mengecewakan aku. Tak masuk universiti maknanya pemalas, bodoh, tak ada masa depan. Individu yg mengeluarkan kata-kata ini pun tidak ku sangka datangnya daripada seseorang yg berilmu TINGGI dan lebih tua daripada aku. Secara kasar, dia lebih berpengalaman tetapi kata-katanya seperti orang yg tidak pernah menerima pendidikan formal. Secara jujurnya juga, aku tidak marah kepada individu itu. Cuma timbul perasaan tidak puas hati setelah diri aku dengan mudah dinilai tanpa bertanya dan berfikir. Secara jujurnya juga, aku teramat lemah untuk diperkatakan seperti itu. Tiada pihak yg salah di atas kegagalan aku untuk menempatkan diri di IPTA. Bukan aku seorang, malahan mungkin ribuan remaja sebaya aku juga begitu. Keputusan SPM yg cukup-cukup makan dan penglibatan yg sederhana dalam kokurikulum antara punca yg orang ramai sering mempersoalkan dalam kegagalan ke IPTA. Dapat dilihat dengan jelas, aku hampir berputus asa untuk memohon buat kali kedua nanti. Tetapi disebabkan keluarga dan juga rakan-rakan yg sentiasa memberi sokongan, aku masih menaruh harapan untuk ke IPTA. Secara jujur, aku tidak kisah belajar di mana pun. Cuma biarlah tempat itu menerima aku dan aku menerima tempat itu seadanya. Sejak beberapa bulan yg lepas, aku sedar bahawa banyak cerita tentang aku diperkatakan terutamanya dikalangan rakan-rakan. Aku faham mereka terkejut sebab aku tidak dapat ke IPTA. Sedangkan kebanyakan daripada mereka berjaya menempatkan diri di IPTA tidak lupa juga ada yg ke IPTS. Ternyata cerita itu masih terus terus dan terus diperkatakan sehingga aku terpaksa mendiamkan diri kerana timbul pula soal tidak puas hati kerana ada rakan-rakan aku yg keputusan mereka tidak sebaik aku tetapi berjaya ke IPTA. Aku tahu mereka cuma merasa simpati tetapi aku tidak mahu perkara ini nanti menyentuh perasaan orang. Yang mana dapat itu, sudah rezeki mereka. Tak cukup dengan itu, cerita bahawa aku sudah tidak berminat untuk menyambung pelajaran telah digembar-gemburkan. Aku pula mengambil langkah untuk berdiam diri sekali lagi...cakap la apa yg korang nak cakap. Aku tak kuasa nak layan korang. Ternyata, langkah mendiamkan diri adalah jalan yg terbaik. Entry ni memang tak ada hala tuju. Hanya sekadar meluahkan apa yg ada kat kepala hotak aku ketika ni. *...hati senang...senang dalam diam...diam sebentar...* |
|
|

