|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Sukar Menuturkan Sayang... Pilu Rai Aidilfitri di Tengah Lautan Salah dan silap harap dimaafkan... Sekitar Raya... Suasana Raya... Selamat Hari Raya I Believe I Can Fly!!! Menyesal dan Selamat Tinggal Teng's Birthday 18 hanya angka, 18 tahun hanya kiraan. Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Saturday, October 11, 2008 11:08 AM
Aku Benci Rokok!
Dah lama tak ada entry yang serius. Kali ini entry memang serius tahap kritikal. Kisah tentang remaja atau boleh kita mulakan daripada kanak-kanak. Sekarang + remaja + rokok = tuding jari. Kenapa? Baru-baru ni, aku bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak ( sekolah rendah ) merokok sambil mengayuh basikal yang tak ada brek. Ditambah pula dengan sikap aku yang sukakan kelajuan…hampir-hampir nak langgar budak-budak tadi. Tak cukup dengan itu, diorang buat jalan tu macam jalan keturunan pusaka nenek moyang diorang yang punya! Bila aku hon, dengan percuma aku dimaki ikut sedap mulut diorang! Anak siapa tu? Anak Melayu kita! Woi, orang-orang Melayu kat luar sana, jangan tak mengaku pulak! Satu masalah yang kita sendiri tahu puncanya tapi kita tak ambil peduli. Nak salahkan siapa? Kerajaan? Korang rasa kalau kita tukar kerajaan malam ni jugak, masalah ni akan selesai ke? Kenapa aku nampak merokok ni satu perkara yang serius? Aku benci rokok. Aku benci segala benda yang melibatkan rokok. Kalau ikutkan hati, habis semua perokok aku boikot, terutama remaja. Asap rokok membuatkan aku loya. Muka perokok membuatkan aku simpati. Kenapa aku simpati? Sebab diorang sedang membunuh diri sebenarnya. Tolak ketepi cara bunuh diri yang lain seperti terjun bangunan, makan racun tikus dan sebagainya. Sedang mereka yang tidak merokok pun boleh dapat bermacam-macam pakej penyakit, apatah lagi yang merokok. Kenapa remaja merokok? Melepaskan tekanan? Sehebat mana tekanan yang dihadapi remaja-remaja sekarang? Bosan? Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, kita boleh buat apa yang kita suka selagi tak buat kacau bilau, macam mana boleh timbul kebosanan? Rokok ‘best’? Dengan asap berkepul-kepul dan membuatkan organ dalaman hitam kehancuran, ‘best’ ke? ‘Cool’? Alasan paling tak boleh diterima akal! Merokok ‘cool’ ke? Macam mana pula dengan ibu bapa? Apa reaksi mereka? Antara calon-calon pelakon terhebat abad ini ialah…si Kiah, si Gayah, si Temah dan si Siah. Pemenangnya ialah si Temah! Kenapa si Temah menang? Sebab si Temah pandai berlakon menyalahkan pihak lain tatkala dia mengetahui bahawa anak dia hisap rokok! Si Temah dengan muka tebalnya menuduh pihak lain menganiaya anak dia. Sedangkan, terang-terangan anak dia memuncung mulut hisap rokok! Ramai kawan-kawan aku merokok. Mak ayah diorang pun sedar jelas anak mereka merokok. Yang pelik lagi menjengkelkan, mak ayah diorang buat tak tahu je. Tak ada teguran dan tak ada nasihat. Dari mana asalnya mereka ni? Dari kampung yang penduduknya adalah orang Melayu? Orang kampung? Ya! Orang kampung. Dah terang-terang, tak payah lagi mempersoalkan orang bandar.
Entry ni memang tak ada susun aturnya. Semua hanya sekadar ingin meluahkan perasaan geram bila kena maki dengan kanak-kanak ‘terencat akal’ tempoh hari. *…aku benci rokok, korang?...* |
|
|

