|
Welcome
Assalamualaikum, Welcome to my blog. Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan... apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH... Tagboard
ShoutMix chat widget Links
My New Blog
Sanzekoh
Rozaimims
NurulAzreen
Zueeazueen
Asgroughazizi
Hujimy
Eksperimentasisanubari
Nurhafizahxoxo
Gui2kays
KelvinChoo
AiniAzhari
Mybookshops
chanyangtze
che-safrasulaiman
Lovieda-redneval
Seri Serindit
SheauTian
Putra_Pu3
Archives
April 2007June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 Recent
Pencinta SWATCH Aku Benci Rokok! Sukar Menuturkan Sayang... Pilu Rai Aidilfitri di Tengah Lautan Salah dan silap harap dimaafkan... Sekitar Raya... Suasana Raya... Selamat Hari Raya I Believe I Can Fly!!! Menyesal dan Selamat Tinggal Music
![]() ![]() Gratisan Musik Credits
This skin is produced by Headlight Productions. The icons are from Three More Steps. All codes are meticulously hand-coded, and can not be used as basecodes or reference. All css and javascript in the code passes validation.© Copyright Headlight 2008 - Forever. All Rights Reserved. |
//Sunday, October 19, 2008 11:53 AM
Perbezaan dan Kesesuaian
Sudah lama tak ada entry yang panjang.
“Tak sama berkawan dengan orang Cina. Kalau dengan kawan-kawan Cina, selalu berbincang tentang hal pelajaran” – Hamba Allah (15 tahun), Subang Jaya. Kali ni aku nak cerita tentang berkawan dengan orang Cina. Untuk permulaan, entry ni bukan berniat untuk menyindir / mengutuk / merendahkan mana-mana pihak terutama kawan-kawan Melayu aku. Cerita ini berdasarkan perbualan aku dengan Hamba Allah di atas tadi. Dari 1995 hingga 2007 aku bersekolah Cina. Ketepikan isu mata pelajaran sama ada aku mengambil subjek Bahasa Cina atau pun tidak. Kita sentuh tentang pergaulan sahaja. 12 tahun. 12 tahun aku bergaul dengan bangsa Cina hampir setiap hari. Cuba bayangkan berapa ramai kawan Melayu yang aku ada. Hamba Allah tadi telah mengatakan sesuatu (seperti di atas) yang membuatkan aku berfikir sedalam-dalam yang mungkin. Perbezaan dan kesesuaian. Apa bezanya berkawan dengan orang bukan Melayu? Bolehkah sesuaikan diri dengan mereka? Jawapannya, perbezaan itu yang menyebabkan kita sesuai untuk berkawan dengan mereka. Kenapa? Berkawan dengan Melayu adalah satu dunia yang sama (untuk aku yang berbangsa Melayu). Itu sungguh membosankan. Berkawan dengan Cina adalah satu dunia yang amat berlainan. Itu sungguh menyeronokkan! Dunia mereka bukan dunia kita. Kelebihan mereka bukan kelebihan kita. Keistimewaan kita bukan keistimewaan mereka. Budaya kita pun tidak sama. Semuanya tidak sama. Yang sama hanyalah…kita rakyat Malaysia. Perbezaan itu yang boleh mengisi apa-apa yang tak ada dalam bangsa kita. Macam mana kita nak jadikan perbezaan kaum itu kepada kesesuaian untuk kita bergaul tanpa rasa iri hati dan sebagainya? Perbezaan kaum itu kita tak boleh ubah sampai bila-bila. Dia orang Cina dan aku orang Melayu. Yang hanya boleh kita usahakan adalah kesesuian untuk menerima satu sama lain dengan hati yang terbuka. Ini hanya berdasarkan pengalaman sahaja. Aku tidak ‘ngam’ dengan kawan-kawan Melayu. Itu yang paling jelas. Ada banyak topik perbualan yang boleh diperkatakan apabila aku bergaul dengan kawan-kawan Cina. Dari hal yang remeh-temah kepada hal dunia. Dari hati ke hati. Berterus terang dan tidak perlu hipokrit. Paling penting ‘open minded’. Mereka juga tidak mudah terasa apabila kita menegur. Mereka menerima seadanya dan cuba untuk berubah. Sebaliknya jika aku bergaul dengan kawan-kawan Melayu, cerita mereka hanya berkisah pada hiburan dan umpatan serta kutukan terhadap satu sama lain dan semestinya mereka ini ramai yang hipokrit. Sesiapa yang kenal aku, mesti korang perasan, aku lebih banyak diam je bila korang berbual. Setiap kali jumpa, cerita tentang ‘couple’ mesti menjadi tajuk utama. Aku bukannya cemburu sebab aku belum ada ‘couple’. Tapi…akhirnya, perbualan tu langsung tak membuahkan hasil. Tak cukup dengan satu pasangan…ada tu bercerita sampai 5 ‘ex’ dia yang sebelumnya. Aku cukup kaku kalau bercerita tentang keburukan orang. Kalau dah putus, putus je la. Tak payah nak kutuk-kutuk orang tu. Bila ditegur, dikatanya aku alim la, poyo la, skema la….Aku rasa, masalah Melayu kita ialah…Melayu mudah terasa! Janganlah pelik kalau bangsa lain lebih maju dari kita! Kita tak payah kutuk kaum lain. Sedangkan kaum sendiri penuh dengan 1001 masalah. Tiada kaum atas muka bumi ini yang ‘perfect’. Memang aku terasa kekok apabila bergaul dengan bangsa sendiri. Bergaul dengan bukan bangsa sendiri adalah satu tanggungjawab yang besar sebenarnya. Banyak persoalan tentang agama dan budaya. Soalan tentang sembahyang, puasa, zakat, sirah nabi, dan macam-macam lagi la. Aku cukup berhati-hati bila menjawab. Aku bukannya ustaz/ustazah. Itu membuatkan aku sentiasa ‘update’ aku punya ilmu agama. Soalan yang paling kau kaku lagi terkesima: “Kenapa orang Melayu merangkap umat Islam, banyak terlibat dengan gejala so…sial?” – Bukan Melayu (17 tahun), 2007, Melaka. Sesiapa yang ada cara terbaik untuk menjawab soalan ni, sila-silalah kongsikan bersama. Bagi pendapat aku, hal remeh-temah macam ni penting untuk membentuk jati diri bangsa. Hanya melalui pergaulan dan berfikiran terbuka serta tidak mudah terasa apabila ditegur. Tak perlu untuk bertukar-tukar kerajaan. Tak perlu untuk menjatuhkan satu pemimpin ke satu pemimpin. Tak payah tumpukan pada perkara-perkara yang besar jika perkara remeh tidak dikukuhkan. Ini bukan caranya untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Malaysia negara yang sedang membangun, korang rasa pemikiran rakyat kita membangun ke? Aku rasa pemikiran macam 60-an je! *...politik itu kotor…* |
|
|

